• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa, Guru Perlu Peka Perilaku Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
04/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Ibu bapa dan guru perlu peka dengan setiap perubahan tingkah laku anak dan pelajar yang mungkin mengalami kemurungan sehingga menyebabkan mereka bertindak di luar batasan.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata kepekaan ibu bapa dan guru amat penting kerana ia mampu membendung daripada berlaku kejadian tidak diingini.

Sambil merakamkan ucapan takziah di atas kematian Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, yang meninggal dunia dua hari lepas dipercayai didera, Chong berkata perkara seperti itu perlu diambil iktibar oleh masyarakat.

“Kita mengikuti perkembangan siasatan polis yang akan menyiasat secara menyeluruh termasuk guru, pihak sekolah dan ibu bapa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI NS) di sini, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua PEKERTI NS Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin dan Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Seri Lim Chin Fui.

Aina Nabihah meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluarganya di Lukut, Port Dickson, Khamis lepas.

Pemeriksaan ke atas badan kanak-kanak itu mendapati terdapat kesan lebam dan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada organ dalaman seperti cedera buah pinggang, usus koyak serta tulang rusuk kiri dan kanan patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Semalam, polis memperoleh perintah untuk mereman bapa dan ibu tiri mangsa yang masing-masing berusia 35 dan 34 tahun, selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Terdahulu pada majlis berkenaan, seramai 100 kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan di negeri ini menerima sumbangan duit raya. – BERNAMA

Tags: ibu-bapakanak-kanak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guru Kes Murid Maut Dituduh Curi iPhone Dipindahkan

Next Post

Amaran Cuaca Waspada Di 8 Bahagian Sarawak

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

24/05/2025
0

BAYAN LEPAS: Tempoh reman terhadap bapa kepada kanak-kanak berusia 12 tahun yang disyaki didera, di sini, dilanjutkan sehingga 29 Mei...

Next Post

Amaran Cuaca Waspada Di 8 Bahagian Sarawak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd