• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukum Guna Perkhidmatan “Doula” Tidak Terlatih Haram

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menegaskan menggunakan perkhidmatan “doula” atau “peneman bersalin” yang tidak terlatih bagi melahirkan anak adalah haram disisi Islam.

Menurut beliau, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan membuat ketetapan itu selepas meneliti isu tersebut dan mendapatkan maklumat daripada pakar-pakar perubatan.

“Kami berpandangan penggunaan khidmat “doula” tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan terlatih. Alasan tidak mahu lahirkan anak di hospital kerana isu aurat tidak timbul.

“Kini ada seluar bersalin mesra aurat, hospital yang menawarkan khidmat bersalin dengan menutup aurat. Perlu difahami nyawa jauh lebih penting maslahatnya berbanding aurat dalam situasi itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya menerima laporan berhubung individu yang menawarkan perkhidmatan “doula”.

Isu itu timbul berikutan kes kematian bayi yang dilaporkan dilahirkan di rumah akibat lemas kerana lahir secara songsang dan hanya disambut oleh suami yang tidak berpengalaman dengan bantuan “doula”.

Zulkifli berkata, menggunakan perkhidmatan “doula” kerana meyakini bahawa melahirkan anak di rumah bagi mencontohi Maryam alahissalam juga adalah tidak benar.

Jelas beliau, kejadian yang berlaku di zaman tersebut adalah kehendak Allah SWT. untuk membuktikan kekuasaan-Nya.

“Adapun bagi manusia selainnya, tidak terlepas daripada aspek sabab-musabab-musabbib al-asbab (causality),” kata beliau. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: bersalinMufti Wilayah Persekutuan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mufti Wilayah Persekutuan Doakan PMX Anwar Diberi Kekuatan

Mufti Wilayah Persekutuan Doakan PMX Anwar Diberi Kekuatan

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil mendoakan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan...

‘Saya Dulu Jadi Penceramah Bebas Dapat RM80, Beri Mak RM10’ – Mufti Wilayah Persekutuan

‘Saya Dulu Jadi Penceramah Bebas Dapat RM80, Beri Mak RM10’ – Mufti Wilayah Persekutuan

31/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil berkongsi pengalaman ketika mula menjadi penceramah bebas selepas pulang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd