Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Pengganas Singapura Mahu Mohon...

SINGAPURA - Mohammad Hassan Saynudin, seorang pengganas terkenal dari Singapura yang ditahan di...

Isey Tidak Tertekan ‘3...

PETALING JAYA - Pelawak dan pengacara Isey berkata, dia tidak meletakkan sebarang tekanan...

MCA Tidak Pernah Minta...

PORT DICKSON - Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa MCA pernah meminta...

Seleweng Dana Latihan RM4...

PUTRAJAYA - Dua pegawai kanan termasuk pengarah urusan sebuah anak syarikat Felcra Berhad...

Hospital Parti Buntar Siap Penghujung Disember 2020

PARIT BUNTAR – Pembinaan Hospital Parit Buntar yang menelan kos sekitar RM136.7 juta, dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung Disember 2020.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pembinaan hospital empat tingkat di atas tanah seluas 5.2 hektar itu akan menggunakan teknologi Pemodelan Bangunan Bermaklumat (BIM) yang berasaskan reka bentuk imej tiga dimensi.

“Hospital Parit Buntar ini merupakan hospital pertama di Malaysia yang akan menggunakan sepenuhnya teknologi BIM.

“Kita gunakan kaedah ini kerana ia dapat mengurangkan kesilapan dalam mereka bentuk. Bila reka bentuk ini betul maka kaedah pembinaan nanti akan jadi lebih mudah dan secara langsung akan mengurangkan pembaziran,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Hospital Parit Buntar, di sini hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan pembinaan hospital yang merangkumi tiga fasa itu dijangka siap pada Januari 2021 dan bakal memberi manfaat kepada lebih 120,000 penduduk di sekitar daerah berkenaan.

Mengulas dakwaan segelintir pihak berkaitan kelewatan pembinaan hospital itu, beliau berkata projek terbabit mengambil masa kerana ia perlu memenuhi beberapa kriteria sebelum boleh dilaksanakan.


“Sebagai contoh, tanah untuk dibina hospital ini sifatnya lembut kerana menggunakan tanah sawah dan ia memerlukan sedikit masa bagi memastikannya mampat selain sesuai untuk pembangunan hospital, ” katanya.

Beliau berkata pembinaan hospital itu membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional terhadap keperluan rakyat. – BERNAMA

Kategori