• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Medan Cox’s Bazar Operasi Hingga Akhir Tahun

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh bagi misi bantuan kemanusiaan Rohingya yang memulakan operasi pada 1 Dis lepas akan diteruskan sehingga akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata, sehubungan itu Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan bagi merancang semula penghantaran warga kerjanya untuk bertugas di Hospital Medan Malaysia secara berperingkat sehingga akhir tahun.

“Perancangan yang dibuat sebelum ini adalah untuk tiga bulan sahaja. Jadi apabila operasi Hospital Medan Malaysia dilanjutkan sehingga hujung tahun maka perbincangan dan perancangan baharu perlu dibuat,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan kepulangan 41 orang petugas pasukan ketiga Hospital Medan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Laporan sebelum ini menyebut mandat operasi Hospital Medan Malaysia yang diselaraskan Kementerian Kesihatan dengan sokongan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu adalah selama tiga bulan dan berakhir pada Jumaat (16 Feb).

Selepas tiga bulan, keputusan sama ada untuk meneruskan operasi Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar bergantung kepada laporan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

​​​​​​​Mengulas mengenai operasi Hospital Medan Malaysia bagi tempoh 1 Dis 2017 hingga 14 Dis baru-baru ini, Dr Hilmi berkata, seramai 6,578 pesakit dirawat, 218 pesakit menjalani pembedahan dan 31 kelahiran dikendalikan.

Dalam tempoh tersebut, seramai 144 petugas Kementerian Kesihatan dihantar ke Hospital Medan Malaysia, Cox’s Bazar secara giliran di mana pertukaran doktor pakar dibuat setiap dua minggu, sebulan bagi petugas paramedik dan tiga bulan bagi petugas logistik.

Jelas beliau, pada masa ini Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar tidak ditutup dan sembilan petugas logistik Kementerian Kesihatan sedang menjaga dan mengawasi peralatan perubatan di sana.

Pasukan petugas keempat akan dihantar selepas perbincangan diadakan, katanya lagi.

“Pada satu-satu masa perlu ada 50 petugas Kementerian Kesihatan yang bertugas di Hospital Medan Malaysia. Mereka terdiri daripada pakar-pakar perubatan dalam pelbagai bidang seperti pakar bedah, anestesia, obstetrik dan ginekologi, pediatrik dan psikiatri, tambah beliau.

​​​​​​​”Petugas lain ialah pegawai perubatan, pegawai farmasi, jururawat, penolong pegawai perubatan, penolong pegawai kesihatan persekitaran, juru X-ray, juruteknologi makmal dan anggota logistik,” katanya lagi.

Tambah Dr Hilmi, pengalaman merancang, menubuhkan dan beroperasi di Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar Bangladesh amat berharga kepada warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia yang terlibat.

Krisis kemanusiaan di wilayah Rakhine di Myanmar bertambah meruncing sejak Ogos tahun lepas apabila ramai pelarian Rohingya memasuki Bangladesh setiap hari, menyebabkan banyak khemah pelarian didirikan.

Malaysia merupakan negara pertama yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Bangladesh pada 9 Sept lalu selepas lebih 650,000 pelarian Rohingya melarikan diri dari barat Myanmar akibat operasi tentera pada 25 Ogos tahun lepas.

Sehingga kini, jumlah sebenar pelarian Rohingya tidak dapat disahkan tetapi ramai yang mendakwa terdapat lebih satu juta pelarian Rohingya di Cox’s Bazar. – BERNAMA

Tags: Cox's BazarHospital Medan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UAE Bina Hospital Medan Di Gaza

UAE Bina Hospital Medan Di Gaza

07/11/2023
0

ABU DHABI: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, pada Isnin mengarahkan penubuhan hospital medan di...

Hospital Baharu Bantu 140,000 Pelarian Rohingya

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Sebuah hospital baharu dengan 100 katil akan dibuka di daerah Cox’s Bazar, Bangladesh untuk memudahkan 140,000 pelarian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd