• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hebat PPBM! Pecat Ahli Persoal Anak Mahathir Kaya

oleh
08/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL… Ahli-ahli sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meluahkan rasa tidak puas hati ekoran dipecat daripada jawatan Exco kerana mempersoalkan beberapa isu dalaman.

Ini termasuk bertanyakan kehebatan kekayaan anak-anak Pengerusinya, Tun Mahathir Mohamad sendiri ketika ahli parti pula hidup merana akibat dakyah hasutan jahat beliau konon Malaysia sudah pun muflis dijajah negara asing.

Bekas Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pusat PPBM, Mohamad Taufik Abas mendakwa, ada dalam kalangan mereka yang dipecat kerana hanya mempersoal isu-isu dalaman parti antaranya amalan kronisme.

Malah ada dibuang kerana berani persoal dasar pentadbiran Mahathir ketika 22 tahun memerintah negara, hala tuju cacamarba Pakatan Harapan dan dakwaan skandal seks presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan isteri orang.

Lebih menyakitkan hati ujar Mohamad Taufik, pengumuman pemecatan exco hanya dilakukan menerusi status unik mesej dalam akaun Twitter oleh Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Isu sebenarnya bermula apabila beberapa ahli pemuda parti mempersoalkan tentang kekayaan luar biasa anak-anak Mahathir kerana kami tidak mahu kredibiliti PPBM boleh rosak disebabkan perkara itu diperkatakan rakyat.

“Sebaliknya tanpa memberi jawapan, kami mula dipecat dan usaha memecat exco-exco tanpa ada alasan kukuh giat diteruskan lagi apabila kami cuba mempertahankan hak masing-masing dan pendirian rakan-rakan kami,” katanya.

Turut hadir dalam sidang akhbar di ibu negara semalam ialah beberapa lagi bekas Exco Armada iaitu Muhammad Hafiz Azhar, Muhd. Syazwan Ahmad Zainal, Abd. Wahazir Abd. Wahabi dan Raja Mohd. Azlan Raja Omar.

Mohamad Taufik berkata, sehingga kini tiada dokumen hitam putih diberikan kepada beliau dan beberapa rakannya berhubung pemecatan secara misteri tersebut yang dilakukan ala dikator kejam tanpa langsung peluang bela diri.

Bahkan jelas beliau, terdapat beberapa lagi pemuda parti itu yang cuba mempertahankan exco-exco yang dipecat sehingga menyebabkan mereka turut disisihkan daripada kepimpinan PPBM seolah-olah telah menjadi musuh pula.

“Kami ahli akar umbi PPBM yang menggerakkan parti dan dipergunakan oleh beberapa pemimpin parti untuk kepentingan mereka. Oleh itu, wajar kami mempersoalkan isu-isu yang mengganggu perjuangan kami,” tegasnya.

Beliau mendakwa kira-kira 1,000 ahli PPBM akan berhimpun di ibu pejabat Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (RoS) sebagai tanda protes jika masih tiada sebarang tindakan diambil terhadap parti itu yang langgar Perlembagaannya.

Pihaknya akan kumpul semua ahli parti yang teraniaya termasuk dipecat daripada barisan kepe­mimpinan parti sebagai bantah mengapa tiada tindakan diambil terhadap PPBM waima pelbagai bukti telah dise­rah kepada RoS.

Jelas Mohamad Taufik, pihak­nya beri masa selama dua ming­gu kepada RoS untuk mengambil tindakan terhadap PPBM yang terpalit dengan isu penubuhan sayap pemuda dan status mesyua­rat agung tahunan (AGM) yang diragui.

“Kami mendesak dan mahukan penjelasan daripada RoS kenapa sampai hari ini tiada tindakan walhal Mahathir dilaporkan dengan bangga berkata, hanya sebanyak 400 laporan telah dibuat berhubung permasalahan parti itu.

“Sekiranya dalam tempoh dua minggu ini tiada tindakan diambil, kami tidak teragak-agak berhimpun di depan ibu pejabat ROS sebagai tanda protes,” tegas Mohamad Taufik dengan nada amat kesal. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: diktatorMahathir MohamadPPBM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

APMM Tahan 6 Bot Bawa 111 Pekerja Asing Di Tawau

Next Post

UMNO Parti Demokrasi Ultra Populis – Salleh

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Next Post

UMNO Parti Demokrasi Ultra Populis - Salleh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd