• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hazama Akui Sering Dianggap Pencukup ‘Kuota’

oleh Haris
08/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP kali bertanding di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi, Hazama tidak pernah dianggap sebagai peserta pilihan.

Perkara tersebut diakui Hazama sendiri sambil menyifatkan AJL merupakan medan untuk mengangkat lagu berkualiti dan bukanlah gelanggang untuk penyanyi kegemaran ramai.

“Jujurnya, saya jarang dianggap sebagai calon kegemaran. Tetapi, saya yakin disebabkan lagu dan lirik yang bagus, membuatkan penyanyi yang membawakan karya terbabit mara ke final,” katanya.

Jelas Hazama atau Hazama Ahmad Azmi, 33, biarpun sering dianggap sebagai penyanyi tempelan, dia tetap berusaha keras seperti biasa demi lagu yang dibawa serta dalam masa sama mengecapi peluang terlibat di pentas AJL.

“Andai kata kononnya saya dipilih ke AJL sekadar memenuhi ruang, ia tidak mengapa. Saya tetap akan memberikan persembahan terbaik,” katanya yang akan membawakan lagu ciptaan M Nasir dan Ad Samad, Aku Yang Sebenar dalam pentas mega tersebut Ahad ini.

Selain Aku Yang Sebenar dendangan Hazama, 11 lagu lain akan turut berentap pada AJL yang sudah masuk tahun yang ke-32.

Baik betul hati @mrhazama1 hari ini di Kompleks Sogo, sempoi je belanja nyanyi banyak lagu! Saksikan Finalis #AJL32 ni di Pentas AJL nanti, lepas ni kita lepak dengan @haqiemrusli98_ pula ya!

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on Jan 26, 2018 at 10:48pm PST

Antara artis lain yang akan bertanding pada pentas tersebut Ahad ini adalah Khai Bahar, Hael Husaini, Wany Hasrita, Syamel, Haqiem Rusli dan juara tahun lalu, Dayang Nurfaizah.

Mengulas mengenai penguasaan artis baharu dalam edisi kali ini, Hazama tidak terkesan mahupun tertekan dengan keadaan tersebut sambil menganggap dirinya masih relevan walaupun dengan kehadiran mereka.

“Saya anggap diri ini masih relevan kerana berada dalam kelompok penyanyi muda terbabit. Kalau tidak, saya takkan berada dalam pertandingan ini.

“AJL juga sebenarnya bukanlah tempat siapa yang perlu menguasai siapa. Sebaliknya, ia gelanggang untuk kita berkongsi kepelbagaian muzik yang ada. Saya juga pernah berada di tempat mereka (penyanyi baharu) dan mereka juga akan berada di tempat saya, satu hari nanti,” jelasnya memetik BH Online.

Berkenaan persiapannya, Hazama berkata dia baru saja memulakan latihannya semalam kerana terikat dengan penggambaran sebuah drama arahan Mawi dan mempunyai empat hari saja untuk menjalankan latihan.

Di manakah terletaknya kekuatan laksamana hang tuah? Di keris nya ka? Atau di tenaga nya? Satu lg sy nak tanya kite shoot cite ape ni?? @cahayaasmawi #credittoalongcham @alongcham

A post shared by Mr hazama Ahmad azmi (@mrhazama1) on Jan 23, 2018 at 6:08am PST

Jelasnya, dia bersyukur mempunyai isteri daripada industri sama yang banyak membantunya bagi persiapan menjelang pertandingan yang bakal dilangsungkan di Arena Aziata Bukit Jalil.

“Mujurlah isteri, Genervie Kam, banyak membantu dari segi susunan muzik. Saya hanya perlu mengadakan latihan vokal agar dapat memberikan persembahan mantap,” ujarnya.

Hazama turut mengesahkan akan membuat sedikit gimik pada hari persembahan nanti, namun ianya tidaklah sehebat apa yang dipersembahkan pada tahun-tahun sebelum ini kerana mahu memfokuskan kepada nyanyian. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: AJL 32hazamapenyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd