• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haters Kecam Melampau, Tajul ‘Persiapkan’ Diri

oleh Haris
27/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMRAH menjadi seorang artis, pasti sering dikecam dan dilempar tuduhan tidak masuk akal oleh netizen walaupun tanpa sebab yang kukuh.

Penyanyi meningkat naik, Tajul Arif akhirnya bersuara selepas dilihat membalas komen-komen negatif daripada netizen di laman sosial baru-baru ini.

Kata Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Md. Shari, terdapat banyak netizen yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak masuk akal tetapi menggunakan akaun palsu di laman sosial Instagram.

“Saya bukanlah jenis orang yang cepat melenting biarpun menerima bermacam-macam kritikan. Biasalah, sebagai artis baharu, saya anggap setiap komen itu sebagai cara membaiki diri.

“Tetapi pemilik akuan yang saya ‘bahasakan’ pada laman sosial adalah individu sama yang suka melemparkan pelbagai tuduhan. Terbaharu, dia mendakwa saya playboy, suka berganti pasangan dan bermacam-macam lagi,” katanya memetik portal BH Online.

Jelas Tajul, segala fitnah yang dilemparkan menyebabkan dia terpaksa bersuara mempertahankan diri kerana bimbang lama-kelamaan netizen yang membaca komen-komen negatif itu akan mula mempercayainya.

Tajul yang merupakan adik kepada Allahyarham Achik Spin itu memberitahu, dia selalunya akan memadam komen keterlaluan yang ditulis netizen.

“Tetapi golongan haters yang saya gelarkan #cerdikkidsgeli, saya block saja. Mujur ada dua hingga tiga orang saja dalam kalangan ini,” katanya.

Baru-baru ini, Tajul dilihat mula hilang sabar dengan kerenah netizen yang meninggalkan komen di Instagramnya dengan apabila membalas komen-komen negatif serta turut berkongsi kata-kata pedas di Instagram Stories.

“Rasa macam lama sangat tak layan ‘haters’ ini… Sekali sekala bagi dia orang hadam pula. Bukan selalu! Dia bagi kita panas, aku bagi dia terbakar membuak-buak,” katanya melalui perkongsian itu.

Bagaimanapun, jelas Tajul, dia tetap mengawal diri daripada memberi komen berlebihan terhadap golongan tersebut.

“Saya masih ingat pesan ibu, biarkan saja orang yang mahu menjatuhkan kita. Orang begitu sebenarnya kecewa dengan hidup sendiri. Saya kasihan dengan individu seperti itu.

“Bagi saya, kalau betul dia ada perasaan tidak puas hati, saya alu-alukan dia menghantar DM (mesej terus) pada Instagram saya. Mana tahu penyakit hatinya itu dapat berkurangan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perkembangan terbaru dalam karier seninya, penyanyi yang popular dengan lagu Sedalam-Dalam Rindu itu akan memberi tumpuan kepada projek album mininya.

Tambah Tajul, album mini tersebut bakal dilancarkan pada bulan hadapan selain dia juga kini sedang menunggu tayangan filem sulungnya bertajuk Enjin No 9 yang akan mula ditayangkan 29 Mac ini. –MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: hatersNetizenTajul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

Netizen Tolak ‘Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan PH’, Bimbang Timbul Isu Ladang Babi

Netizen Tolak ‘Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan PH’, Bimbang Timbul Isu Ladang Babi

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Kenyataan seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa 'Johor akan jadi Selangor Di tangan PH' menerima reaksi balas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd