• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Bunga Api `Pop-Pop’, `Happy Boom’ Dibenarkan

oleh Ahmad Albab
11/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan `Gong Xi Fa Cai’ dan `Xin Nian Kuai Le’ kepada seluruh kaum Cina yang bakal meraikan Sambutan Tahun Baru Cina 2018.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, PDRM bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa larangan memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun mahupun bunga api masih berkuatkuasa.

Menurut beliau, hanya bunga api jenis `Pop-Pop’ dan `Happy Boom’ sahaja yang dibenarkan di Malaysia kerana tidak mengandungi bahan bakar yang membahayakan keselamatan orang ramai.

“Pun begitu, penjualan kedua-dua jenis mercun ini masih memerlukan permit dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang berkaitan dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Mereka yang melanggar larangan ini boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 7 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207). Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Asmawati berkata, PDRM turut mengingatkan bermain dan membakar mercun atau bunga api yang dilarang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum satu bulan atau denda maksimum RM100 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Selain itu, kata beliau, mana-mana pihak didapati mengilang, memiliki atau mengimport mercun dan bunga api tanpa permit boleh didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta 207 dan boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Justeru, katanya, PDRM berharap larangan bermain mercun dan bunga api yang dilarang itu dipatuhi oleh semua pihak demi mengelak berlaku insiden tidak diingini termasuk kecederaan, kematian dan kemusnahan harta benda.

“PDRM berhadap sambutan Tahun Baharu Cina 2018 diraikan dengan penuh kemeriahan, bebas daripada sebarang bentuk insiden berbahaya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bunga apiTahun baharu Cina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JBPM, JKR Diarah Semak Semula SOP Gerai Jualan Bunga Api Sementara – Nga Kor Ming 

JBPM, JKR Diarah Semak Semula SOP Gerai Jualan Bunga Api Sementara – Nga Kor Ming 

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) diarahkan menyemak semula prosedur...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd