• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan

oleh AK-47
19/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SONG – Seorang guru meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Song hari ini.

Mangsa, Dennis Stephen Kale, 50, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Song.

Siasatan awal polis mendapati mangsa sedang membonceng skuter dari arah pekan Song ke Jalan Takan sebelum terlanggar bahagian depan sebelah kanan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun dari arah Kapit ke Sibu di simpang empat berdekatan Jambatan Katibas pada 10.40 pagi tadi.

“Pemandu Hilux dipercayai gagal berhenti di simpang menyebabkan motosikal mangsa dari arah Pekan Song (sebelah kanan) terlanggar kenderaan berkenaan di sebelah kanan,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak Supt Alexson Naga Chabu.

Pemandu Toyota Hilux itu serta seorang penumpang wanita berusia 21 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Alexson, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian rusuk dan dada dilaporkan meninggal dunia pada 1.05 tengah hari.

Abang mangsa, Edward Subeng Stephen ketika dihubungi memberitahu adik beliau yang mempunyai sejarah penyakit jantung mengalami serangan jantung ketika menerima rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Alexson. – BERNAMA

Tags: meninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd