• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Agama Berperanan Pelihara Keharmonian Rakyat

oleh AK-47
19/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Guru agama memainkan peranan penting dalam membimbing dan membentuk sikap murni dalam kalangan umat serta menyumbang kepada keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata kerajaan negeri sentiasa mengiktiraf dan menghargai peranan dan sumbangan guru agama mentransformasikan ilmu baik, adab dan sikap murni dalam kalangan umat bagi membolehkan usaha membangunkan negeri berjalan dengan lancar.

“Dalam mengharungi cabaran sebagai pendidik, kita memerlukan golongan cendekiawan agama yang bukan sahaja berperanan sebagai guru agama dalam kelas, malah bertanggungjawab memperbaiki, memimpin dan membimbing.

“Sejak kebelakangan ini, terdapat pihak tertentu yang cuba memainkan sentimen agama bagi menggugat keharmonian agama di negara kita.

“Isu seperti ini, jika tidak ditangani dengan baik dan berhikmah, boleh membawa kepada perbalahan dan konflik yang berpanjangan seperti mana yang berlaku di negara-negara lain,” katanya ketika merasmikan Multaqa Murabbi Ummah peringkat negeri di sini hari ini.

Musa mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan cubaan golongan tertentu, khususnya pembangkang, yang menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk mengapi-apikan rakyat.

Menurutnya, perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri akan memantapkan lagi usaha kerajaan untuk membangunkan rakyat dan negeri.

“Kita juga perlu berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah banyak memberikan peruntukan besar untuk pembangunan Sabah.

“Ini juga hasil hubungan baik antara kerajaan negeri dan pusat yang sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat di Sabah,” katanya.

Pada majlis itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyampaikan cek bernilai RM47,502,648 kepada Musa mewakili kerajaan negeri bagi pembayaran imbuhan imam, elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan guru takmir di negeri ini.

Asyraf Wajdi turut menyampaikan cek bernilai RM7,380,000 untuk pembayaran khas ‘one-off’ kepada imam. bilal, siak, guru KAFA dan takmir di negeri ini yang masing-masing akan menerima RM1,500. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Musa Tidak Didakwa Pada 2012 Kerana Kes Dana Politik

09/11/2018
0

PUTRAJAYA - Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pada...

Musa Aman Akan Cabar Keputusan Mahkamah

07/11/2018
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan merayu terhadap keputusan oleh Mahkamah Tinggi di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd