• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Erat Hubungan, Mira Ada Game Dengan Ahli Fan Club

oleh
11/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI meraikan kesetiaan peminat, pelakon dan pengacara yang murah dengan senyuman, Mira Filzah telah mengadakan aktiviti santai bersama ahli fan club Miraclegacy pada pagi Sabtu.

Sebelum ini, ahli peringkat tertinggi kelab peminat Mira telah mengadakan acara permainan boling yang diadakan dekat Ampang Point, Selangor pada sekitar November tahun lalu.

Disebabkan pelakon telefilem Jula Juli Bintang Cinta itu semakin sibuk dengan tawaran lakonan, mereka terpaksa ‘culik’ gadis berusia 25 tahun itu turut serta dalam permainan Laser Battle diadakan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Seramai 40 ahli kelab baru dan lama telah menyertai aktiviti itu malahan Mira turut bersama-sama turun padang bermain bersama dengan peminatnya.

Menurut Pengerusi Miraclegacy, Firdaus Yasin, aktiviti seperti ini dilakukan bertujuan untuk meraikan ahli kelab baharu dan lama serta mengeratkan lagi hubungan antara Mira dan peminatnya sendiri.

“Sebabkan Mira ni selalu sibuk, kita kena booked dia awal sikit. Jadi mungkin lepas ni kita akan adakan majlis sambutan hari lahir Mira pada bulan April ni.

“Ataupun kalau misalnya bulan April ni Mira sibuk juga, kita mungkin akan bawa majlis sambutan hari lahir Mira tu kepada majlis berbuka puasa ataupun sambutan raya bersama peminat,” katanya kepada Mynewshub.

Kesemua ahli yang terlibat telah diagihkan kepada empat kumpulan mengikut cabutan undian yang dilakukan oleh Mira sendiri.

Kata orang menang atau kalah itu adat pertandingan dan tuah telah menyebelahi kumpulan Mira sendiri yang telah memenangi tempat pertama serta mereka telah menerima medal daripada pihat Laser Battle sendiri.

Dalam perkembangan lain, pelakon yang berasal dari Ipoh, Perak itu bakal jalani penggambaran mega drama arahan pengarah tersohor, Michael Ang yang mana drama itu merupakan siaran khas bagi bulan Ramadan ini.

“Selain mengacara program Nona sebanyak 49 episod, Mira akan masuk ke set penggambaran pada sekitar hujung bulan Februari ni untuk Astro, di bawah arahan Michael Ang.

“Tapi tajuk kita belum confirmkan lagi sebab kena tukar sikit memandangkan drama tu akan keluar pada bulan Ramadan. Jadi kita nak jadikan ianya lebih Islamik sikit,” katanya.

Siapa sangka, dalam diam Mira juga telah menerima beberapa tawaran bernyanyi tetapi menjadi seorang penyanyi bukanlah impiannya sebagai seorang anak seni.

“Tawaran untuk menyanyi tu memang ada tapi setakat ni tak kot. Rasanya macam tak ada keinginan lagi untuk jadi penyanyi,” katanya yang juga pernah menyanyikan lagu Sandar Padaku bersama dengan Aliff Aziz bagi drama lakonan mereka,  Meh Sandar Pada Aku.

Tambah pengacara Nona itu lagi, dia langsung tidak menyangka bahawa jadual pengacaraan program Nona akan menjadi terlalu padat kerana kebanyakan topik yang dibawa merupakan topik semasa.

Disebabkan itu dalam masa seminggu, hanya satu atau dua episod sahaja yang akan dirakamkan.

Selama tiga tahun terlibat dalam dunia seni membuatkan Mira menjadi lebih matang dan dia turut berasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh peminatnya selama ini.

“Alhamdulillah selama tiga tahun Mira terlibat dalam dunia seni, peminat tak pernah putus sokong Mira dan disebabkan tu kita adakan games harini supaya dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara Mira dan peminat sendiri.

“Rasanya kalau aktiviti santai macam ni kita akan lebih dekat sebab kalau adakan meet & greet rasa macam tak puas, lagi pula masa akan jadi terhad dan nak bergambar pun tak sempat,” tambahnya lagi.

Bila disentuh soal jodoh, baginya dia hanya menyerahkan semuanya kepada Yang Maha Esa sahaja kerana kini dia cuma mahu memberi tumpuan kepada perniagaan, kerjaya dan masa depannya.

“Tak tahu lagi bila nak sampai seru sebab Mira sendiri tak ada plan lagi untuk ke arah tu.

“Kalau ada, Mira mesti akan bagitau dekat semua peminat, tapi buat masa sekarang ni tak ada lagi,” ujarnya.

Dengan adanya aktiviti santai seperti ini pastinya ianya akan lebih mendekatkan lagi hubungan antara selebriti dan peminat mereka sendiri.

Bagi sesetengah selebriti, mereka sangat mementingkan hubungan dengan peminat kerana bagi mereka tanpa peminat, mereka pasti tidak akan mencapai sehingga tahap mereka yang sekarang. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Laser BattleMira FilzahMiraclegacyNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd