• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eksport Getah Asli, Produk Getah Naik 30.2% Pada 2017

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Getah asli dan produk berasaskan getah mencatat prestasi memberangsangkan pada 2017 apabila eksport bahan itu meningkat sebanyak 30.2 peratus kepada RM32.3 bilion, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata, eksport komoditi lain seperti minyak sawit juga merekodkan prestasi baik apabila menokok sebanyak 14.6 peratus kepada RM77.8 bilion bagi tempoh berkenaan.

“Eksport minyak sawit misalnya telah melepasi sasaran awal kita iaitu sebanyak RM70 bilion pada tahun lepas. Kita yakin dapat mencapai lebih RM80 bilion pada 2018,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mah berkata, jumlah pendapatan eksport produk komoditi berjumlah RM140.3 bilion atau merangkumi 15 peratus daripada keseluruhan jumlah eksport dagangan Malaysia iaitu 14.4 peratus lebih tinggi berbanding RM122.6 bilion pada 2016.

Beliau berkata, sektor komoditi juga kekal sebagai pengeksport bersih terbesar dan mencatat imbangan dagangan sebanyak RM100.8 bilion berbanding elektrikal dan elektronik (RM90.1 bilion) manakala petroleum dan gas (RM36 bilion). – BERNAMA

Tags: getah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peneroka Bawa Tandan Sawit Protes Di Luar Parlimen

04/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Sekumpulan pekebun kecil dan peneroka Felda berhimpun di luar bangunan Parlimen hari ini mendakwa Kementerian Industri Utama...

Harga Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi

07/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Pasaran getah Malaysia meningkat hari ini berikutan jangkaan peningkatan penghantaran tayar Amerika Syarikat (AS) bagi 2018. Seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd