• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ECRL Projek Mega Berorientasi Keperluan Rakyat

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan ‘projek keretapi rakyat’.

Tengku Abdullah bertitah projek mega itu bukan sahaja mampu menjadi pencetus perubahan dan pemangkin pertumbuhan ekonomi baharu di Pantai Timur, malah ia merapatkan lagi hubungan rakyat apabila masa perjalanan antara Pantai Timur dan Lembah Klang dapat disingkatkan.

“Saya menganggap projek ECRL ini untuk rakyat… keretapi rakyat. Ia dapat dekatkan lagi rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu dengan Selangor (Lembah Klang), orang jauh selepas ini menjadi lebih dekat.

“Pahang bertuah kerana kita terletak tengah-tengah dan hal ini secara langsung memberi nilai tambah kepada Pahang,” titah baginda ketika merasmikan Ibu Pejabat Tanah Makmur Berhad dan Galeri Jualan KotaSAS di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Eksekutif Tanah Makmur Berhad Tengku Amir Nasser Tengku Ibrahim.

Tengku Abdullah bertitah selain menjadi penghubung rakyat, projek ECRL juga dilihat mampu memangkin pertumbuhan bandar-bandar baharu di sepanjang 688 laluan pembinaan landasannya, termasuk di Pahang.

Sementara itu, baginda turut bertitah pembangunan untuk menjadikan KotaSAS sebagai pusat pentadbiran baharu kerajaan negeri, kini sedang giat dilaksanakan.

“Tumpuan pembangunan infrastruktur dan hartanah tertumpu di sini (KotaSAS) dan kini kita lihat ia berkembang menjadi bandar baharu dengan pelbagai kemudahan infrastruktur sedang dibina di sini.

“Ia termasuk kemudahan untuk pusat pentadbiran kerajaan negeri yang kini sudah siap 30 peratus dan dijangka akan siap pada 2020, bakal dilengkapi dengan hospital, dan bangunan baharu untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta polis,” titah baginda.

Dalam masa sama baginda berharap keadaan persekitaran alam sekitar di KotaSAS akan menjadi lebih baik pada masa depan dan memberi keselesaan kepada masyarakat yang bakal mendiami bandar baharu Kuantan itu. – BERNAMA

Tags: ECRLPemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd