Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pelajar Kolej Ranaco Kemaman...

BESUT - Mayat pelajar Kolej Ranaco Kemaman yang dipercayai lemas ketika mandi di...

APMM Tahan Bot &...

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan bot dan 18 nelayan asing...

10 Tahun Hidup Dalam...

SEORANG wanita dan suaminya sanggup tinggal di dalam tandas selama 10 tahun bagi memastikan...

Tentera Darat Siasat Pegawai...

DAKWAAN seorang pegawai kanan Tentera Darat menumbuk anggota bawahan yang ditularkan menerusi media...

Dron Selamatkan Budak Dari Dibaham Jerung

SETIAP kali bermandi-manda di laut, perkara yang paling terakhir yang dimahukan oleh orang ramai tentunya adalah kehadiran ikan jerung!

Kebanyakan perenang profesional serta pelayar sedia maklum tentang ancaman yang dibawa jerung menjadikan mereka sentiasa berhati-hati ketika berada di lautan.

Sebelum ini, sudah terlalu banyak kisah serta video yang menunjukkan manusia dibaham jerung ketika berenang atau bersantai di tengah lautan.

Satu rakaman tular menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berenang di perairan tenang di Bahamas sebelum dikelilingi sekumpulan jerung tersebar.

Video berdurasi 32 saat itu dirakamkan menggunakan sebuah dron, menyaksikan kanak-kanak lelaki itu berlari ke dalam permukaan air cetek pantai tersebut untuk berenang.

Sejurus masuk ke dalam air, empat ekor ikan jerung mula menghampiri kanak-kanak tersebut dan seekor daripada jerung tersebut hanya berada beberapa meter sahaja daripadanya.

Kanak-kanak tersebut, yang tidak menyedari akan perkara itu, dilihat berlari naik ke pantai, selepas operator dron tersebut, Artem Tkachenko menjerit dan mengarahkannya untuk keluar daripada air itu.

Tkachenko, yang sedang melancarkan dron miliknya bagi mendapat pemandangan menakjubkan kawasan laut Bahamas daripada udara nyata terkejut apabila merakam sekumpulan jerung mendekati kanak-kanak tersebut.


“Mujurlah dia mendengar jeritan saya,’’ kata Artem.

Jerung-jerung tersebut tidak dapat dilihat kanak-kanak itu dari pantai oleh kerana mereka berada dekat dengan dasar laut.

Kejadian mengerikan jerung membaham manusia bukanlah pertama kali berlaku apabila baru-baru ini seorang wanita telah diserang jerung ketika sedang terapung selepas melakukan aktiviti menyelam.

Kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana kebetulan Tkachenko sedang melancarkan dronnya di kawasan sama.

Jikalau operator dron tersebut itu tidak berada di situ, kanak-kanak itu pasti menjadi ‘santapan’ sekumpulan jerung tersebut.

Saksikan video rakaman dron tersebut yang dikongsi Tkachenko sendiri di YouTubeMYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori