• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dividen KWSP Tinggi Bukan Gula-Gula Pilihan Raya

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Simpanan Konvensional 2017, iaitu 6.9 peratus, yang tertinggi sejak 1997, bukan ‘gula-gula pilihan raya’, sebaliknya menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh, kata ​​​​​​Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, kadar dividen tersebut serta kadar 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah seperti​​​​​​ diisytiharkan pada 10 Feb lepas adalah hasil pelaburan yang dibuat KWSP di dalam dan luar negara.

“Pada saya angka dividen untuk konvensional dan syariah ini adalah baik dan ia bukan gula-gula pilihan raya…ia tiada kena-mengena dengan pilihan raya.

“Apa yang berlaku kalau bagus (maka) baguslah, seperti pada 2016 ekonomi kita tumbuh pada kadar 4.2 peratus…apa (boleh) buat kalau ekonomi global juga begitu (lembap).

“Jadi, apa yang kita cerminkan ini (kadar dividen KWSP) adalah apa (pertumbuhan ekonomi) yang sebenarnya berlaku di negara kita,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada 10 Februari lepas, KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional 2017 dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM44.15 bilion, dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah, dengan agihan dividen RM3.98 bilion.

Dalam kenyataan itu KWSP berkata, jumlah keseluruhan agihan dividen bagi 2017 adalah sebanyak​​​​​​​RM48.13 bilion, peningkatan 29.8 peratus berbanding 2016.

Sementara itu, mengulas pengumuman mengenai ekonomi Malaysia yang berkembang 5.9 peratus pada 2017 (2016: 4.2 peratus) oleh Bank Negara Malaysia hari ini, Johari berkata angka pertumbuhan tersebut adalah​​​​​​ prestasi yang membanggakan, memandangkan dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu Malaysia masih menunjukkan perkembangan ekonomi yang baik.

“Keempat-empat suku tahun lalu menunjukkan angka yang baik dengan purata 4.9 peratus, dan kita jangka ekonomi negara akan berkembang dengan baik pada 2018, iaitu pada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 5.0 dan 5.5 peratus.”

Beliau berkata, berdasarkan perkembangan ekonomi Malaysia, ia secara tidak langsung menunjukkan​​​​​​​keberkesanan dasar kerajaan selama ini yang meletakkan asas ekonomi Malaysia dalam​​​​​​​ menerajui aktiviti berkaitan ekonomi.

“…walaupun dunia dalam keadaan tidak menentu, ekonomi kita masih berkembang (dengan baik),” katanya.

Terdahulu, Johari menyambut kepulangan Juara Asia bagi kategori ujian masa​​​​​​​ Individu ​​​​​​​Kejohanan Lumba Basikal Asia 2018, Dr. Norhasmat Abdul Aziz, di pejabatnya di sini.

Dr. Norhasmat, merupakan Ketua Penolong Setiausaha (Dasar dan Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan) Bahagian Cukai, Kementerian Kewangan, menjuarai kategori tersebut dalam kejohanan yang berlangsung di Nay Pyi Taw, Myanmar pada 9 Februari lepas. – BERNAMA

Tags: Dividen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

23/04/2024
0

*Rencana dipetik dari sumber SuaraTV* Terdapat 200 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Sabah yang diwujudkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mewujudkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd