• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Didakwa Terima Deposit Haram RM500,000

oleh Ahmad Albab
23/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas pengarah syarikat pelaburan emas bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima deposit haram daripada dua pelabur berjumlah lebih RM500,000, empat tahun lalu.

Datuk Yap Yee Hoo, 62, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mabel S. Muttiah.

Yap yang hadir ke mahkamah berkemeja putih mengangguk sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan dan berkata, “faham.. tidak mengaku salah”. Turut berada di galeri awam, anak perempuan tertuduh yang hadir sebagai penjamin.

Dia didakwa menerima deposit daripada seorang peguam Tan Cheng Tat, 51, dan Mastura Abdul Muthalib, 53, ahli perniagaan, masing-masing berjumlah RM446,700 dan RM70,000 tanpa lesen yang sah di Level 1-2, Wisma BU8, No 11, Lebuh Bandar Utama, di sini, antara Julai dan November 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Yap juga mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang membabitkan jumlah RM666,700.

Di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham, dia didakwa menyalahgunakan jongkong emas bernilai RM220,000 untuk tujuan pelaburan di syarikat Royal Gold Sdn Bhd, No 111 & 112, Blok F, Phileo Damansara, Jalan 16/11 Off Jalan Damansara, di sini, pada 15 April 2014.

Di hadapan Majistret Majistret Nurshahira Abdul Salim, Yap dituduh sebagai pengarah syarikat Royal Gold Sdn Bhd secara tidak jujur menyalahgunakan wang pelanggan syarikat berjumlah RM446,700 untuk kegunaan lain di Public Bank cawangan Taipan, Subang Jaya antara Julai dan November 2014.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM75,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah serta melaporkan diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali dan menetapkan 26 Mac untuk sebutan semula kesemua kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam Datuk N. Sivananthan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan

Tags: datukSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd