• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Kerajaan Pastikan Negara Kekal Aman, Makmur

oleh Ahmad Albab
24/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana sejak merdeka, negara secara keseluruhannya dalam keadaan aman hasil pelaksanaan dasar yang mengambil kira kepentingan rakyat.

Beliau berkata menerusi dasar-dasar yang dibentuk bagi mewujudkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran berterusan, rakyat pelbagai kaum serta agama di negara ini sentiasa berasa selamat dan mampu mengecapi pelbagai nikmat pembangunan yang disediakan kerajaan.

“Kita di Malaysia secara keseluruhannya, kita rasa selamat, walaupun kadang-kadang berlaku peristiwa kecil (yang tidak diingini). Ini disebabkan sejak merdeka lagi keutamaan kerajaan ialah memastikan negara ini stabil dan makmur.

“Kita memilih dasar sederhana, jalan pertengahan. Kita tidak amalkan ideologi ekstrem tetapi ideologi yang ‘moderate’ agar kita boleh menentukan bahawa dengan adanya perpaduan, negara kita akan terus maju,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan berucap demikian pada majlis Pesta Ang Pau dan Penghargaan Warga Emas di sini malam tadi.

Salleh berkata falsafah ‘1Malaysia’ dan yang terbaharu ‘Negaraku’ merupakan kesinambungan dasar kerajaan sebelum ini bagi menanam rasa kekitaan dan persaudaraan dalam kalangan seluruh lapisan rakyat Malaysia yang majmuk agar perpaduan terus terpelihara dan berkekalan.

“Kita beri penekanan bahawa inilah tanah air kita. Di sinilah tanah tumpah darah kita. Di sinilah kita mencari (peluang) pendidikan dan ekonomi agar sama-sama dapat menyumbang untuk pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) akan meneruskan usaha memperkenalkan dasar yang diyakini baik untuk masa negara dan membawa kemakmuran hidup kepada rakyat pada masa hadapan termasuklah pengenalan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Dasar itu diwujudkan atas dasar pandangan jauh kerajaan untuk menyiapkan generasi akan datang dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi meneruskan agenda pembangunan negara dalam usaha menjadi sebuah negara maju perpendapatan tinggi.

Justeru, Salleh mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada dan tidak terpengaruh dengan tindak-tanduk segelintir pihak yang sentiasa cuma mengganggu kestabilan negara kerana perbuatan pihak-pihak tidak bertanggungjawab itu cuma akan merosakan negara ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd