• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Susu Dutch Baby Tiruan Di Pasaran Disiasat

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai dakwaan susu tepung Dutch Baby untuk bayi berusia enam hingga 12 bulan yang berada di pasaran, adalah tiruan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata siasatan itu termasuklah melihat sama ada kandungan susu adalah tiruan atau sebaliknya.

“Jika kami dapati ada perubahan pada kandungan susu tersebut, maka tindakan lanjut terhadap punca akan diambil.

Tetapi kita kena ingat, ada ketikanya perkara sebegini boleh diselesaikan kementerian tetapi ada ketikanya kita memerlukan kerjasama polis untuk terlibat dalam siasatan,’ katanya pada sidang media selepas melancarkan Kospen@Activ di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang tular di media sosial bahawa susu daripada pek Dutch Baby tiruan dilabel 102 manakala susu asli dilabel 101 dan perbezaan lain yang ketara daripada segi warna serta perkataan ‘Calcium’ yang dikatakan tulisannya berbeza.

Dutch Lady yang merupakan pengeluar susu Dutch Baby itu telah mengeluarkan kenyataan yang pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan termasuk telah menghantar sampel susu ke makmal bagi menjalankan ujian klinikal.

Berhubung perkembangan siasatan dan ujian terhadap produk kopi campuran yang menyebabkan lima lelaki di Pulau Pinang mengalami pitam, lemah dan letih keterlaluan selepas meminum sejenis kopi campuran segera baru-baru ini, Dr Subramanian berkata maklumat berkenaan tidak boleh didedahkan kerana siasatan kes telah melibatkan polis dan mungkin juga mahkamah.

Beliau berkata pihaknya perlu memelihara bukti dan penemuan yang mungkin akan digunakan di dalam kes itu oleh pihak berkuasa berkenaan.

“Kes ini ada mempunyai unsur jenayah. Jadi, lebih baik kita biarkan kenyataan berkaitan ujian dibuat oleh pihak yang terbabit,” katanya.

Mengenai Kospen@Activ, Subramaniam berkata inisiatif hasil kerjasama dengan BookDoc Activ, iaitu platform dalam talian itu berfungsi mengesan serta meningkatkan tahap aktiviti fizikal rakyat dengan cara menggunakan aplikasi yang disediakan.

Beliau berkata BookDoc Activ merupakan satu aplikasi yang menggunakan konsep permainan yang akan mengesan bilangan langkah harian oleh mereka yang menggunakannya dan memberikan hadiah apabila individu tersebut mencapai tahap-tahap tertentu.

Aplikasi itu akan menyimpan dan memaparkan maklumat aktiviti fizikal mereka yang menggunakannya sekali gus memudahkan pemantauan dan saranan berhubung langkah-langkah yang perlu diambil berkenaan kesihatan individu tersebut dapat dibuat oleh pihak yang berkenaan, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniamsusu tiruan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jurukimpal Berjaya, ‘Wanita Besi’ Ini Bukan Biasa-Biasa!

Next Post

Isu Dana Asing: Azwanddin Hadir Di Bukit Aman

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

Next Post

Isu Dana Asing: Azwanddin Hadir Di Bukit Aman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd