Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Banjir: 49 Penduduk Di...

KUANTAN - Seramai 49 penduduk dari Kampung Orang Asli Batu 55 dan Kampung...

Aisyah: Muslimah Terhebat Sepanjang...

SAIDATINA Aisyah binti Abu Bakar; contoh terbaik ā€˜beauty with brainā€™. Digelar al-Humaira yang bermaksud...

Video: Pelancong Berjaya Rakam...

MITOS tentang kewujudan makluk aneh berbulu tebal yang digelar Bigfoot sememangnya sering diperkatakan...

Pemilik Akaun Bank Luar...

INDIVIDU yang mempunyai akaun bank di luar negara dan mempunyai pendapatan yang belum...

Cover 2 Minit Buat Peminat Rindu Suara Nazrey

LAMBAKAN penyanyi baharu masa kini sedikit sebanyak bagaikan telah mengetepikan penyanyi kumpulan nasyid yang lain tak kira yang baru mahupun yang lama.

Kebanyakan pemuda pemudiĀ  yang lahir sekitar tahun 1980-an mungkin dibesarkan dengan lagu keinsafan daripada kumpulan nasyid otai, antaranya Raihan, Rabbani, Hijjaz, InTeam, UNIC, Devotees, Saujana dan banyak lagi.

Baru-baru ini, tular satu video yang telah membuatkan ramai peminat nasyid tempatan merindui suara merdu penyanyi bekas anggota kumpulan Raihan iaitu Nazrey Johani yang menyanyikan lagu Iman Mutiara.

Semalam, kami di Mynewshub sendiri telah kongsikan video tersebut di akaun Facebook kami dan hari ini, hampir 3,000 tanda suka telah kami terima pada video tersebut.

Selama dua minit, Nazrey yang kini sudah menjadi seorang ustaz telah ‘belanja’ penonton dengan mendendangkan lagu Iman Mutiara.

“Okay nak dengar full, kena datang madrasah ya kita nyanyi dekat sini,” katanya sambil berseloroh lalu menyambung semula lagu itu sehingga habis.

Rata-rata netizen berasa tersentuh dan rindu akan suara lunak itu selepas dia meninggalkan kumpulan tersebut sekitar 12 tahun yang lalu.


Tahun 2005 lalu, Nazrey telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan Raihan dan bergerak sendiri dengan membuat persembahan pentas dan turut memberi lebih fokus kepada aktiviti ceramah dan motivasi.

Dalam masa yang sama, Nazrey turut berjaya membangunkan satu ‘saham akhiratnya’ di kampung halaman, dekat Ranau, Sabah iaitu pusat Al-Tahfiz Bayu Syahadah.

Selain itu, Nazrey juga sering menghebahkan informasi jika ada sesiapa yang ingin memberi sumbangan terhadap tahfiz itu, mereka juga boleh berbuat demikian.

Album berjudul Puji-Pujian yang dihasilkan kumpulan Raihan suatu hari dahulu telah berjaya mendapat kutipan jualan sebanyak 3.5 juta unit di seluruh dunia dan turut menjadikan ianya sebagai album paling laris di Malaysia.

Dengan munculnya video nyanyian Nazrey itu, telah membuatkan netizen turut berasa tersentuh melihat perubahan pada dirinya yang kini kelihatan lebih tenang membuat amal kebaikan. –Ā MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori