• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cover 2 Minit Buat Peminat Rindu Suara Nazrey

oleh
04/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAMBAKAN penyanyi baharu masa kini sedikit sebanyak bagaikan telah mengetepikan penyanyi kumpulan nasyid yang lain tak kira yang baru mahupun yang lama.

Kebanyakan pemuda pemudi  yang lahir sekitar tahun 1980-an mungkin dibesarkan dengan lagu keinsafan daripada kumpulan nasyid otai, antaranya Raihan, Rabbani, Hijjaz, InTeam, UNIC, Devotees, Saujana dan banyak lagi.

Baru-baru ini, tular satu video yang telah membuatkan ramai peminat nasyid tempatan merindui suara merdu penyanyi bekas anggota kumpulan Raihan iaitu Nazrey Johani yang menyanyikan lagu Iman Mutiara.

Semalam, kami di Mynewshub sendiri telah kongsikan video tersebut di akaun Facebook kami dan hari ini, hampir 3,000 tanda suka telah kami terima pada video tersebut.

Selama dua minit, Nazrey yang kini sudah menjadi seorang ustaz telah ‘belanja’ penonton dengan mendendangkan lagu Iman Mutiara.

“Okay nak dengar full, kena datang madrasah ya kita nyanyi dekat sini,” katanya sambil berseloroh lalu menyambung semula lagu itu sehingga habis.

Rata-rata netizen berasa tersentuh dan rindu akan suara lunak itu selepas dia meninggalkan kumpulan tersebut sekitar 12 tahun yang lalu.

Tahun 2005 lalu, Nazrey telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan Raihan dan bergerak sendiri dengan membuat persembahan pentas dan turut memberi lebih fokus kepada aktiviti ceramah dan motivasi.

Dalam masa yang sama, Nazrey turut berjaya membangunkan satu ‘saham akhiratnya’ di kampung halaman, dekat Ranau, Sabah iaitu pusat Al-Tahfiz Bayu Syahadah.

Selain itu, Nazrey juga sering menghebahkan informasi jika ada sesiapa yang ingin memberi sumbangan terhadap tahfiz itu, mereka juga boleh berbuat demikian.

Album berjudul Puji-Pujian yang dihasilkan kumpulan Raihan suatu hari dahulu telah berjaya mendapat kutipan jualan sebanyak 3.5 juta unit di seluruh dunia dan turut menjadikan ianya sebagai album paling laris di Malaysia.

Dengan munculnya video nyanyian Nazrey itu, telah membuatkan netizen turut berasa tersentuh melihat perubahan pada dirinya yang kini kelihatan lebih tenang membuat amal kebaikan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Iman Mutiaralagu nasyid popularNazrey Johaniraihan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fazley Yaacob Nafi ‘Sweet Table’ Aksi Baling Makanan

Next Post

Sultan Johor Titah Polis Tahan Mat Rempit Depan HSA

Related Posts

Sesungguhnya 2019 Sentuh Hati Bukan Islam

21/05/2019
0

KURANG dua minggu dimuat naik di laman perkongsian video YouTube, video muzik lagu versi baharu Sesungguhnya 2019 kini mencatat lebih...

Raihan Antara 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

27/04/2017
0

KUMPULAN nasyid terkenal, Raihan, diiktiraf di dalam senarai 500 Muslim paling berpengaruh di dunia bagi kali kesembilan berturut-turut. Pengiktirafan itu...

Next Post

Sultan Johor Titah Polis Tahan Mat Rempit Depan HSA

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd