• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budaya Guna Telefon Ketika Memandu Perlu Dibuang

oleh Ahmad Albab
05/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Budaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu yang menjadi antara penyumbang utama kemalangan jalan raya di negara ini perlu dibuang dalam diri setiap pengguna jalan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata tahap kesedaran pengguna jalan raya untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta atau menunggang motosikal masih rendah.

“Saya bimbang lihat pengguna jalan raya yang menggunakan telefon bimbit terutamanya penunggang motosikal. Ini adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana ia boleh mengganggu dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

“Kalau penting sangat, mereka boleh berhenti di kawasan yang selamat untuk menjawab panggilan atau membalas teks,” katanya selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kedah 2018.

Tajul Urus berkata sikap kurang sabar pengguna ketika di jalan raya juga mempengaruhi jumlah kemalangan dan kematian yang berlaku.

“Pengguna perlu ada sikap sabar supaya mereka boleh mematuhi undang-undang jalan raya, jika tiada sikap sabar itu yang menyebabkan mereka langgar lampu merah dan memotong sesuka hati. Kalau sabar, semua boleh sampai ke destinasi yang dituju dengan selamatnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya negeri, Chan Pei Hong berkata pengguna jalan raya perlu memberi fokus 100 peratus semasa di jalan raya tetapi fokus tersebut menurun kepada 50 peratus apabila pengguna menggunakan telefon bimbit.

“Apabila tahap fokus tinggal 50 peratus, tumpuan pengguna jalan raya terhadap risiko kemalangan juga berkurangan. Itu boleh menyebabkan berlakunya kemalangan sehingga meragut banyak nyawa,” katanya. – BERNAMA

Tags: memandutelefon bimbit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

KK Di Batu Pahat Diperiksa

Pura-pura Beli Barang Sebelum Larikan Telefon Bimbit Pekerja Kedai Runcit

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Pura-pura mahu membeli barang menjadi taktik seorang lelaki sebelum melarikan telefon bimbit milik pekerja sebuah kedai runcit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd