• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bom Perang Dunia Kedua Berjaya Dimusnahkan

oleh AK-47
04/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Sebutir bom seberat 454 kilogram yang dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua, yang ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di sini petang semalam berjaya dimusnahkan menerusi tiga siri letupan, hari ini.

Bom yang masih aktif dengan berukuran 1.2 meter panjang dan satu meter ukur lilit itu, diletupkan dengan bantuan 40 pegawai dan anggota Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bukit Aman.

Kerja-kerja persediaan bagi mengurangkan impak letupan dimulakan kira-kira jam 11 pagi dan berakhir pada 3 petang tadi sebelum proses meletupkan bom itu bermula.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata letupan pertama dilakukan pada jam 3.35 petang, disusuli letupan kedua pada jam 4.22 petang sebelum keseluruhan bom itu dimusnahkan dengan letupan kali ketiga yang lebih kuat pada jam 5.15 petang.

Beliau berkata pihaknya terpaksa membina benteng pasir setinggi dua meter menggunakan jentolak mengelilingi bom tersebut termasuk meletakkan 120 guni pasir seberat 10 kilogram bagi mengurangkan impak letupan.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat letupan berkenaan biarpun gegaran dan letupan dapat didengari sejauh lima kilometer,” katanya kepada pemberita di lokasi itu.

Mohamad Zainal berkata pihaknya telah mengarahkan pekerja-pekerja di kawasan ladang kelapa sawit tersebut untuk tidak berada berhampiran dengan kawasan pemusnahan bom tersebut bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Kawasan bom ini bagaimanapun terletak di kawasan pedalaman dan penempatan terdekat berada lebih kurang tiga kilometer dari kawasan kejadian, cuma terdapat beberapa rumah kongsi sahaja yang menempatkan pekerja di kawasan itu,” katanya.

Bom tersebut ditemukan oleh seorang lelaki Orang Asli berumur lingkungan 40-an yang juga pekerja di ladang tersebut, kira-kira pukul 5.30 petang semalam, ketika sedang melakukan aktiviti mencangkul. – BERNAMA

Tags: Bom Perang Dunia Kedua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TLDM, Polis Musnahkan Bom Perang Dunia Kedua

TLDM, Polis Musnahkan Bom Perang Dunia Kedua

26/04/2023
0

Kota Kinabalu : Pasukan Pemusnah Bom Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud bersama...

‘Tidur’ 3 Jam Di Atas Bom Perang Dunia Kedua

14/01/2019
0

VENLO - Seorang lelaki menggadai nyawa selepas berbaring di atas sebutir bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua selama tiga jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd