• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Bantu Rakyat Tanpa Mengira Masa – Ismail Sabri

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa membantu rakyat tanpa mengira masa dan tidak seperti pembangkang yang hanya kerap turun padang apabila pilihan raya umum (PRU) bakal diadakan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini dapat dilihat pada masa kini bendera-bendera parti pembangkang sudah mula kelihatan dipasang di merata-rata tempat menunjukkan bahang PRU ke-14 semakin terasa.

“Kalau jauh lagi musim PRU, bendera tidak ada, bantuan pun tidak ada, muka mereka juga tidak kelihatan. Jadi inilah pembangkang, berbeza dengan parti kerajaan… BN tidak menunggu PRU untuk membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program kursus motivasi ‘Bengkel Khalifah’ dan penyerahan bantuan awal persekolahan 2018 sebanyak RM100 setiap seorang kepada 367 pelajar termasuk pelajar pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bera, Bandar 32 di sini, hari ini.

Ismail yang juga anggota Parlimen Bera berkata kerajaan BN juga tidak pernah mengamalkan sikap “memilih bulu” dalam soal pemberian bantuan kepada rakyat termasuk di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang seperti Parlimen Temerloh.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan (BN) sentiasa prihatin dengan nasib rakyat dan sentiasa berusaha memberikan keselesaan hidup untuk mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tranformasi Perkhidmatan Awam 2.0 Selaras TN50

Next Post

5 Kawasan Catat Indeks Tinggi Potensi Demam Denggi

Related Posts

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

Sempadan Negara Tidak Dibuka 1 Mac: PM

11/02/2022
0

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana...

Next Post

5 Kawasan Catat Indeks Tinggi Potensi Demam Denggi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd