• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Blue Ribbon: 186 Premis Diiktiraf Bebas Asap Rokok

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sebanyak 305 premis di seluruh negara telah diiktiraf sebagai bebas asap rokok di bawah inisiatif kempen ‘Blue Ribbon’ yang dilaksanakan sejak 2013 oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat).

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata 186 daripada jumlah ini diiktiraf sepanjang 2016 serta 2017, dan kira-kira 30 peratus daripadanya membabitkan premis di Sabah, Sarawak serta Labuan.

Beliau berkata situasi ini memberi gambaran bahawa usaha pemerkasaan kawasan bebas rokok yang dilaksanakan kerajaan serta agensi-agensi berkaitan selama ini berjaya meningkatkan kesedaran ramai.

Katanya kempen Blue Ribbon amat bertepatan dengan kelangsungan masa depan negara khususnya dalam melindungi generasi muda daripada penggunaan hasil tembakau melalui dasar bebas asap rokok.

“Itulah sebabnya saya mengambil kira kempen Blue Ribbon ini sebagai satu daripada petunjuk prestasi utama (KPI) saya sebagai Menteri Kesihatan mulai tahun ini iaitu melalui peningkatan bilangan premis yang disijilkan secara sukarela sebagai bebas asap rokok secara lebih meluas,” katanya semasa berucap di majlis anugerah dan pengiktirafan kempen Blue Ribbon bagi Sarawak, Sabah dan Labuan di sini malam ini.

Dr Hilmi berkata majlis penganugerahan itu merupakan titik kemuncak pengiktirafan kerajaan kepada semua pihak yang memberikan sumbangan penting dalam usaha melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok melalui usaha advokasi ke arah mewujudkan 100 peratus kawasan bebas rokok.

Beliau berkata merokok merupakan penyumbang utama kepada kematian dan dianggarkan 20,000 kematian dicatatkan di Malaysia diakibatkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.

Menurutnya berdasarkan tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, sebanyak 22.8 peratus atau lima juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas merupakan perokok.

“Majoriti perokok ini berumur antara 20 dan 54 tahun, iaitu kumpulan yang masih produktif sebagai pekerja yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Asap Merokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd