• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bila Pengantin Korea Pun Makan Budu!

oleh AK-47
18/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKYAT Kelantan dan budu sememangnya sudah tidak dapat dipisahkan.

Budu merupakan makanan tradisional masyarakat Pantai Timur yang berasaskan ikan bilis yang diperam sehingga menjadi cecair yang kemudiannya dijadikan sebagai pencicah ulam-ulaman dan lauk-pauk.

Namun, satu kisah menarik berlaku di negeri Che Siti Wan Kembang apabila pengantin perempuan yang berasal dari Korea Selatan dihidangkan makanan tradisi itu ketika majlis resepsinya!

Lee Seul, 29, yang mengahwini Muhammad Khalid Ismail, 30, sejak April tahun lalu mengadakan majlis resepsinya di bangunan Perpustakaan Al-Fateh, di Machang, Kelantan pada Ahad.

Selain dihidangkan dengan budu, majlis itu juga turut mensajikan makanan tempatan seperti daging singgang, ayam goreng serta ulam-ulaman.

Menurut Muhammad Khalid, Lee Seul tidak kekok menikmati makanan tradisi Kelantan namun mengakui rasa budu itu sedikit masin.

Katanya, Lee Seul yang lebih mesra di panggil sebagai Anna sudah mengenali budu selepas berkahwin malah sentiasa mempunyai stok di rumahnya di bandar Gunpo, Gyeonggi, Korea Selatan.

“Sedikit demi sedikit Anna belajar untuk menyesuaikan diri dengan budaya Melayu khususnya Kelantan.

“Bukan sahaja suka budu, Anna mula mahir makan menggunakan tangan dan proses itu dipelajari dalam tempoh seminggu iaitu ketika pulang pada Jumaat minggu lalu sempena majlis resepsi,” katanya memeti BH Online.

Dalam majlis resepsi itu pasangan mempelai mengenakan busana songket berwarna hijau disewa dari sebuah butik di Pengkalan Chepa dan Anna turut memakai tudung yang menyerlahkan lagi keanggunannya.

Muhamad Khalid berkata, idea asal adalah mengenakan persalinan Melayu moden, namun apabila melihatkan lokasi majlis ditaja Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong, Zulkifli Mamat yang bercirikan tradisional, idea itu ditukar kepada busana songket.

“Semasa majlis perkahwinan kami di Korea pada Oktober tahun lalu, pihak perempuan sudah mengadakannya dengan tema tradisional Korea dan apa salahnya kami membalas dengan budaya bercirikan tradisional Melayu.

“Bukan hanya kami sekeluarga, ibu dan bapa mentua serta abang ipar saya turut memakai baju Melayu dan berkebaya bagi meraikan majlis ini,” katanya.

Terdahulu, Muhamad Khalid pernah menjadi buah mulut di internet kerana kefasihannya menggunakan bahasa Korea ketika muncul dalam rancangan televisyen Korea Selatan, Abnormal Summit.

Beliau kemudiannya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya pada April tahun lalu dengan menikahi Lee Seul dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Masjid Pusat Itaewon, Seoul. – MYNEWSHUB.CC

Tags: buduKorea Selatanpengantin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd