• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bila Neelofa Dalam Mood Insaf Pula…

oleh Haris
27/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISU berkaitan pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa sedang hangat diperkatakan saat ini selepas pelancaran koleksi hijab terbarunya dilakukan di sebuah kelab malam terkenal, malam tadi.

Perkara itu kini bukan sahaja mendapat reaksi negatif daripada netizen, tetapi ia juga dilihat menyentuh sensitiviti agama di negara ini.

Ramai mengatakan pemilihan lokasi untuk melancarkan koleksi hijab tersebut sangat tidak sesuai dengan hijab yang sinonim dengan pemakaian menutup aurat.

Baca: Lancar Tudung Di Zouk, Lofa Ada Alasan Sendiri

Isu ini juga mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri yang turut menulis surat terbuka untuk Neelofa.

Lagi: Surat Terbuka Mufti Wilayah Persekutuan Buat Neelofa

Dengan kehangatan isu ini, satu rakaman video Neelofa menceritakan saat hatinya terbuka untuk mengenakan hijab buat kali pertama kembali tersebar di media sosial.

Menerusi wawancara bersama radio IKIM FM yang dikeluarkan kira-kira empat tahun lepas, Neelofa menceritakan tentang perasaannya ketika itu apabila merasakan hidupnya mempunyai segalanya namun masih merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap.

Neelofa kemudiannya menceritakan bahawa dia berdoa kepada Allah SWT meminta untuk menunjukkan apakah perkara yang membuatkan hidupnya berasa tidak lengkap.

“Saya ada semua benda seperti kerjaya, keluarga, kawan-kawan. Semuanya dah diberi Allah. Tapi, masih lagi mencari satu benda yang takde yang buat saya rasa tak lengkap.

“Saya bukak secara random Tafsir Al-Quran dan terbuka penghujung Surah Al-Hud dan awal Surah An-Nur. Dalam surah An-Nur ayat ke -31 dia ada sebut mengenai tutuplah aurat,” jelasnya dalam video tersebut.

Katanya, perkara tersebut nyata membuktikan bahawa Allah SWT mendengar rintihannya ketika itu dan sedang menyampaikan mesej kepadanya.

“Saya tak boleh nak pertikaikan lagi. Jadi saya terus cakap walaupun saya berada dalam indutri ini, banyak show yang saya buat, saya kena letak tepi. Ini (menutup aurat) nombor satu,” ujarnya.

Di dalam rakaman berdurasi 1 minit 37 saat itu, Neelofa jelas merasakan perkara berkenaan sebagai titik perubahan dalam kehidupannya sebagai wanita beragama Islam dan juga sebagai seorang artis yang bekerja dalam industri hiburan negara.

Jadi, agak hairanlah, beberapa tahun kemudian Neelofa sudah kembali berani melakukan perkara-perkara yang menimbulkan kontroversi dan menjadi buah mulut netizen.

Selain kes pelancaran hijabnya ini, adegan berpelukan bersama Zul Ariffin juga menjadi bualan netizen baru-baru ini selain tindakannya memakai turban ketika dilantik menjadi duta sebuah produk kecantikan.

Apa-apa pun, kami pasti Neelofa akan lebih berhati-hati baik dalam perjalanan kariernya atau pelan bisnes miliknya selepas ini. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: naelofar hijabNeelofa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemerhati BAM Pada Sesi Pendengaran Ditarik Balik

Next Post

Dana RM3.3 Bilion Masih Wujud Untuk PKS

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

Next Post

Dana RM3.3 Bilion Masih Wujud Untuk PKS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd