• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berita Palsu Jejas Perpaduan Masyarakat

oleh Ahmad Albab
26/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan berita palsu terutamanya yang tular di media sosial kerana ia boleh menjadi ancaman kepada perpaduan masyarakat di negara ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata konsep perpaduan, toleransi serta kerjasama antara kaum yang diamalkan sejak dulu membolehkan kerajaan merancang dan melaksana pembangunan dengan lancar bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Hari ini kita bertemu dengan pelbagai persimpangan apabila isu demi isu disebarkan, dari segi ekonomi dikhabarkan ia bakal merudum dan tiada lagi keseimbangan sosial.

“Keadaan ini dikatakan boleh mengakibatkan perbalahan kaum, malah dikatakan juga ketidakstabilan politik kian meruncing akibat daripada pelbagai isu yang melibatkan pemimpin bagi menakut-nakutkan rakyat.

“Maklumat yang diterima pada zaman media sosial ini amat mudah berleluasa dan sekiranya diterima bulat-bulat tanpa diselidiki kesahihannya pasti akan menimbulkan suasana yang mampu mengganggu-gugat bukan sahaja keharmonian rakyat malah membawa kepada kehancuran negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat negeri di perkarangan padang Taman Maju di sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis tersebut, Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob; Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Muhamad dan barisan exco kerajaan negeri serta lebih 10,000 pengunjung dari seluruh negeri.

Pada majlis itu, tetamu kehormat yang hadir bersama-sama menggaul hidangan Yee Sang yang merupakan aktiviti tradisi semasa sambutan perayaan itu, di samping pengunjung turut disajikan dengan pelbagai jenis juadah makanan tradisional dan moden daripada 33 gerai. – BERNAMA

Tags: berita palsuDatuk Seri Idris Haron
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sambutan Hebat Jualan Sentuhan Rakyat Di Langkawi

Next Post

Ulama Dan Umara Bukan Dua Golongan Terpisah

Related Posts

‘Elaun Madani’ Tidak Betul, Palsu – MOF

‘Elaun Madani’ Tidak Betul, Palsu – MOF

26/07/2023
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kewangan menafikan 'Elaun Madani' akan diperkenalkan kepada semua kakitangan awam. Ikuti Mynewshub: Telegram Kementerian itu dalam satu...

Pengguna Di Kedah Tak Perlu Panik, Dakwaan Harga Gula Naik Berita Palsu

Pengguna Di Kedah Tak Perlu Panik, Dakwaan Harga Gula Naik Berita Palsu

23/05/2023
0

ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menasihatkan pengguna di negeri ini supaya tidak percaya berita palsu dan membuat pembelian panik...

Next Post

Ulama Dan Umara Bukan Dua Golongan Terpisah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd