• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berbasikal Paralimpik Tamat Cabaran Raih 5 Emas

oleh AK-47
20/02/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Skuad berbasikal trek paralimpik kebangsaan menamatkan kempen Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2018 dengan cemerlang selepas menambah lima pingat emas, dua perak dan tiga gangsa pada hari keempat kejohanan yang berlangsung di Velodrom Nasional di sini, hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan skuad negara unggul ​apabila meraih keseluruhan sembilan daripada 12 pingat emas ditawarkan dalam kategori berkenaan pada kejohanan edisi ke-38 itu.

Tiga daripada lima pingat emas itu diraih dalam kategori lelaki menerusi Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin dalam acara 1Km Ujian Masa C1-C3, diikuti Zuhairi Ahmad Tarmizi (1Km Ujian Masa C4-C5) dan trio Muhammad Adi Raime Amizazahan, Mohd Najib Turano dan Zuhairi dalam acara Pecut Berpasukan.

Dua lagi pingat emas negara disumbangkan gandingan Nur Syafinaz Mohd Zais-Noraidillina Adilla J.Sam dalam acara 500 meter Ujian Masa (B) serta pasangan Aiman Asyraff Ahmad Bajuri-Mohd Faizal Mohamed Noh dalam acara 1Km Ujian Masa (B).

Dua pingat perak negara pula dimenangi gandingan Nur Syahida Tajudin-Nurul Suhada Zainal dan Muhammad Khairul Nizam Mohd Ali-Muhammad Firdaus Mohd Zonis, masing-masing menerusi acara 500m Ujian Masa (B) dan 1Km Ujian Masa (B).

Sementara pingat gangsa negara disumbangkan Muhammad Afiq Afify Rizan-Muhammad Khairul Adha Rasol dalam acara 1Km Ujian Masa (B); Shukor Farhan Suliman (1Km Ujian Masa C1-C3) dan Mohd Najib (1Km Ujian Masa C4-C5). – BERNAMA

Tags: Skuad Berbasikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd