• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengerusi NUJ Dibenar Cabar Mahkamah

oleh Ahmad Albab
15/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd (UMMB) Amran Ahmad hari ini, dibenar mencabar keputusan Mahkamah Perusahaan berhubung pemecatannya secara salah kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap pengurusan syarikat penerbitan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi membenarkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman yang difailkan Amran di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Tan Ch’eng Leong mewakili pemohon (Amran).

Tan ketika ditemui berkata tiada sebarang alasan diberikan oleh mahkamah ketika membenarkan permohonan anak guamnya yang dibuat secara ex-parte (sebelah pihak) dan mahkamah menetapkan 1 Mac untuk pengurusan kes.

Amran, 41, memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman itu pada 12 Jan lepas dengan menamakan UMMB dan Mahkamah Perusahaan Malaysia sebagai responden berhubung pemecatannya oleh syarikat itu pada 3 Sept 2009.

Amran yang berkhidmat dengan UMMB sebagai wartawan kadet pada 1 Julai 2001, telah mengadu kes pembuangan kerjanya oleh syarikat itu ke Jabatan Perhubungan Manusia dan pada 20 Sept 2009 Menteri Sumber Manusia merujuk kes itu ke Mahkamah Perusahaan yang kemudiannya membuat keputusan pada 20 Okt 2017.

Sebelum diberhentikan, Amran telah diberi surat tunjuk sebab dan siasatan dalaman dijalankan atas tiga pertuduhan salah laku kerana mengeluarkan kenyataan memfitnah pengurusan syarikat melalui tiga artikel yang disiarkan Malaysiakini dan Harakahdaily berhubung isu ‘tiang gol dan kerja pengubahsuaian pejabat cawangan Pulau Pinang’.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu Amran menuntut perintah mahkamah untuk membatalkan keseluruhan keputusan Mahkamah Perusahaan bertarikh 20 Okt 2017 selain memohon pengisytiharan bahawa pemecatannya oleh UMMB dilakukan tanpa sebab dan alasan yang adil.

Pemohon turut menuntut perintah berbangkit iaitu satu award untuk gaji tertunggak dan satu ganti rugi menggantikan pengembalian jawatan dalam jumlah yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Amran memfailkan permohonan itu atas alasan Pengerusi Mahkamah Perusahaan Siti Salwa Musa telah terkhilaf di sisi undang-undang ketika memutuskan beliau telah membuat salah laku serius dan pemecatannya dari syarikat penerbitan itu adalah atas sebab atau alasan yang adil.

Amran berkata Mahkamah Perusahaan dalam keputusannya mendapati kenyataannya yang diterbitkan di Malaysiakini dan Harakah Daily pada 2009 adalah palsu dan memfitnah UMMB dan tuduhan berkenaan telah dibuktikan terhadapnya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Amran Ahmad NorUtusan Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KP Sinar Harian Meninggal Dunia

17/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, merangkap Ketua Pegawai Pengisian, Datuk Baharom Mahusin, 53, dilaporkan meninggal dunia pagi...

Lagi Syarikat Media Bakal Buang Pekerja, Dijangka 2,500 Orang

01/11/2019
0

PETALING JAYA - Dunia media Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pusingan pengurangan pekerja selepas situasi membabitkan tenaga kerja Utusan Melayu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd