• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Ahli Anjur Himpunan Minta PPBM Kena Tindakan

oleh AK-47
14/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Beberapa bekas anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mengemukakan permohonan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan aman di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) Khamis depan.

Bekas exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Muhammad Hafiz Azhar berkata perhimpunan itu dianjurkan agar RoS mengambil tindakan terhadap PPBM kerana didakwa melanggar perlembagaannya.

Menurutnya, mereka telah membuat permohonan untuk mendapat permit perhimpunan aman itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya di sini semalam dan sedang menunggu maklum balas polis.

Bercakap kepada media di hadapan IPD Putrajaya hari ini selepas mendapatkan surat salinan permohonan tersebut, Muhammad Hafiz berkata perhimpunan tersebut tetap akan diteruskan sekalipun tidak mendapat keizinan pihak berkuasa.

Katanya beliau menjangkakan lebih 500 anggota PPBM terutamanya mereka yang telah menghantar aduan-aduan rasmi kepada ROS sebelum ini akan menyertai perhimpunan tersebut. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Muhammad Hafiz Azhar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd