• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badan Pengguna Sokong BN Hapus Caj 20 Sen Beg Plastik

oleh
21/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SOKONG… Cadangan Barisan Nasional (BN) Selangor untuk hapus caj beg plastik 20 sen di negeri itu jika menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 menarik minat berbagai pihak badan pengguna.

Selain kerajaan Selangor ketika ini berjaya membebankan rakyat marhaen dengan dasar ‘entah apa-apa’, badan pengguna juga melihat caj dikenakan pekedai itu tidak bawa manfaat kepada kelestarian alam sekitar.

Apatah lagi konon mahu kurang penggunaan beg plastik di pasaran. Malah, Kerajaan Selangor didesak menjelaskan ke mana lesap kutipan caj 20 sen yang terkumpul itu disalurkan agar pelaksanaan kempen tersebut lebih telus.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, penambahbaikan perlu demi memastikan kempen kesedaran dapat diwujudkan berbanding hanya me­ngenakan caj 20 sen kepada pengguna.

“Saya pasti caj itu hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu peniaga dan pelaksanaannya membebankan. Pihak bertanggungjawab perlu kaji secara terperinci caj dikenakan itu agar tidak pula beban ramai orang miskin.

“Pengguna bahkan juga tidak mengetahui caj 20 sen tersebut kemudian didermakan kepada siapa sehingga banyak menimbulkan tanda tanya cepumas kerana mereka tidak pun diberitahu tentang perkara berkenaan selama ini.

“Jika benar, sila sediakanlah alternatif lain untuk memudahkan pengguna marhaen dapat membeli-belah tanpa perlu membebankan mereka untuk angkut barang balik ke rumah,” kata beliau dipetik oleh portal AgendaDaily.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar dalam kenyataannya berikrar untuk hapus caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikuatkuasakan kerajaan negeru mulai 1 Januari tahun lalu itu sehingga membebankan pengguna.

Ia antara janji parti tersebut sekiranya berjaya kembali mentadbir Selangor daripada Pakatan Harapan + Rakyat yang diterajui PKR di negeri itu ekoran misteri ketirisan kutipan caj berkenaan yang tidak diketahui pergi ke mana.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman turut menyatakan sokongan terhadap penghapusan caj itu dengan alternatif lain demi mengurangkan beg plastik.

“Saya menyokong kerana masalah beg plastik ini tidak akan berkurangan sekiranya mengenakan sebarang caj yang tinggi namun, perlu ada mekanisme yang memberi kesan segera untuk me­ngurangkan penggunaan beg plastik.

“Antara alternatif lain yang boleh dilaksanakan adalah setiap pasar raya boleh sedia troli yang cukup, beg kertas atau kotak bagi menggantikan beg plastik untuk memudahkan pengguna membawa barangan yang dibeli,” katanya.

Di samping itu, pelaksanaan caj 20 sen yang dikuatkuasakan kerajaan Selangor langsung memberi kelebihan kepada peniaga sejak diperkenalkan awal tahun lalu kerana kos untuk sehelai beg plastik tersebut sebenarnya hanya 2 sen!

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, dasar caj 20 sen itu dilihat tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar.

“Dasar itu tidak bantu ke arah usaha pemuliharaan alam sekitar malah ia dilihat semakin membebankan pengguna. Apabila pengguna dikenakan caj 20 sen, tindakan itu langsung tidak beri kesan sepenuhnya kepada alam sektar.

“Ini kerana beg plastik masih lagi tergolong sebagai ‘barang sekali pakai’ sehingga memperbanyakkan pula sampah,” kata beliau merujuk kepada gaya pembuangan sisa pepejal tersebut oleh pengguna. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: 20 senbeg plastik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Cadang Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat-Ahad Tahun Depan

Selangor Cadang Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat-Ahad Tahun Depan

25/11/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bercadang untuk menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik pada Jumaat hingga Ahad di mana-mana premis perniagaan...

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

07/12/2022
0

SHAH ALAM: Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha, termasuk pembersihan sungai, pemberian beg kitar semula dan penamaan pokok menggunakan hasil kutipan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd