• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Azmin Ali Tahu Dia Bakal Kalah Di Gombak” – Zahid

oleh Ahmad Albab
04/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUTAN MELINTANG – Hasrat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk mungkin disebabkan beliau sedar kerusi disandangnya ketika ini tidak dapat dipertahankan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata anggota Parlimen Gombak itu mahu cuba nasib untuk bertanding di kawasan lain pada PRU14 kerana kawasan diwakilinya ketika ini menghadapi banyak masalah dan berdepan rungutan penduduk.

“Mungkin orang itu (Azmin) merasakan kawasan sedia ada untuk beliau pertahan akan alami kekalahan sebab itu (dia) cuba nasib di kawasan lain. Saya harap sebelum berniat untuk berpindah kawasan, sila lakukan pembaikan perkhidmatan terutama dari segi kemudahan asas kepada pengundi yang diwakili.

“Saya tahu dia (Azmin) main-main sahaja. Dalam politik ini bukan boleh main-main,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Teluk Buluh, Kampung Selekoh dan Pekan Bagan Datuk di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan mana-mana individu yang berniat untuk bertanding sama ada di Bagan Datuk atau di Pekan, Pahang.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan Menteri Besar Selangor itu menyatakan beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk yang kini disandang Ahmad Zahid menjelang PRU14 ini.

Bagaimanapun, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor itu berdolak-dalik dengan berkata beliau masih menunggu dan perkara itu bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan partinya.

Pada PRU13, Ahmad Zahid memenangi kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti 2,108 undi. – BERNAMA

Tags: Azmin AliDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Datin Alyah Rancang Buat Rawatan Kesuburan IVF

Next Post

PM Jamin Terus Majukan Proton Tawan Dunia

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Next Post

PM Jamin Terus Majukan Proton Tawan Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd