• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Kecewa Pegawai Amnesty Ditahan Semula

oleh Ahmad Albab
07/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS), semalam berkata, ‘sangat terganggu’ dengan penahanan semula pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International oleh Turki sekali gus menyeru sekutunya, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menamatkan perintah darurat dan memelihara kedaulatan undang-undang.

Hubungan AS-Turki kebelakangan ini dilihat tegang berikutan beberapa siri perselisihan pendapat terutama membabitkan krisis Syria.

Taner Kilic antara sebelas aktivis kemanusiaan ditahan tahun lalu yang disifatkan Amnesty International sebagai mangsa ‘dakwaan keganasan palsu’.

“Berbanding sepuluh yang lain, beliau adalah satu-satunya aktivis yang belum dibebaskan meskipun selepas lapan bulan dipenjarakan,” kata kumpulan hak kemanusiaan itu.

Amnesty dalam satu kenyataan berkata, Kilic sepatutnya dibebaskan minggu lalu tetapi pihak pendakwa raya berjaya membuat rayuan keputusan menyebabkan beliau ditahan semula sebelum sempat pulang ke rumahnya.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert dalam satu taklimat berkata, AS sangat kecewa dengan penahanan semula Kilic pada 1 Februari lalu.

Katanya, Washington memberi perhatian kes Kilic sama seperti yang dilakukannya terhadap pembela hak kemanusiaan, wartawan, pemimpin masyarakat dan ahli politik pembangkang yang menerima nasib serupa dalam tempoh darurat susulan kegagalan rampasan kuasa terhadap Presiden Tayyip Erdogan pada 15 Julai 2016.

“Kami mohon kerajaan Turki menamatkan perintah darurat yang dilihat berlarutan, membebaskan mereka yang ditahan melulu di bawah kuasa darurat dan memelihara kedaulatan undang-undang,” katanya yang menganggap ia hanya ‘menyekat kebebasan bersuara’ selain wujud kebimbangan kawalan kuasa kehakiman.

Tahun selepas rampasan kuasa menyaksikan Turki menahan lebih 40,000 orang dan memecat kira-kira 125,000 orang termasuk kebanyakannya anggota polis, tentera dan badan kehakiman.

Erdogan menyalahkan percubaan rampasan kuasa diketuai seorang ulama yang hidup dalam buangan, Fethullah Gulen yang didakwanya bersekutu dengan AS. Gulen bagaimanapun menafikan peranannya dalam plot rampasan kuasa berkenaan. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Amerika SyarikatNATO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd