• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Isytihar Perang Dengan Negara Islam & Arab – Hamas

oleh Ahmad Albab
24/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEBING BARAT – Penduduk Palestin meluahkan kemarahan susulan laporan Amerika Syarikat akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dalam masa beberapa bulan lagi.

Palestin menuntut bahagian timur bandar raya itu sebagai ibu negaranya, dan tindakan Presiden Donald Trump turut membangkitkan kemarahan pemimpin politik dan agama Arab seluruh rantau itu.

“Ini langkah yang tidak boleh diterima. Sebarang tindakan sehala tidak memberikan hak kepada sesiapa dan menjadi halangan kepada usaha mewujudkan keamanan di rantau ini,” kata jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah.

Abbas menolak usaha damai Asia Barat diketuai AS sebagai ‘mustahil’ sejak keputusan Trump 6 Disember lalu yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Abu Rdainah berkata, ‘satu-satunya cara mencapai keamanan, keselamatan dan kestabilan’ adalah cadangan Abbas yang disebut dalam ucapannya pada 20 Februari lalu di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, iaitu perlu ada sidang antarabangsa mengadakan semula proses damai dengan Israel, termasuk mekanisme pelbagai hala untuk memantaunya.

Sementara itu di Gaza, pegawai Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata: “Memindahkan Kedutaan AS ke Baitulmaqdis adalah perisytiharan perang terhadap negara Arab dan Islam, dan pentadbiran AS perlu menimbang semula langkah itu.”

Pertempuran meletus di Gaza dan Tebing Barat awal semalam, dalam bantahan mingguan terhadap pendirian Trump mengenai Baitulmaqdis. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Amerika SyarikatHamas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd