• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Wilayah Timur Akan Tambah 11,000 Anggota

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHUKAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur akan meningkatkan jumlah anggota dan pegawai penguat kuasa kepada 11,000 orang menjelang tahun 2020.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata langkah itu bagi meningkatkan kawalan keselamatan perairan negara dalam wilayah Timur sepanjang 121,000 kilometer persegi yang sering diceroboh pihak luar terutama nelayan asing.

“Selaras dengan peningkatan itu juga, kita bercadang untuk menambah satu lagi kapal luar pesisir pantai (OPV) di samping dua lagi kapal ronda yang diberikan oleh pihak maritim dari negara Jepun,” katanya kepada pemberita selepas proses pelupusan tiga bot nelayan asing yang telah dilucut hak kira-kira 6 batu nautika dari Pulau Ular, Kemaman, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pangkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim Muhmmad Rezal Kamal Bashah.

Pelupusan bot itu yang pertama dilakukan tahun ini menjadikan sebanyak 297 bot yang ditenggelamkan APMM dari tahun 2006 hingga 2017, manakala 18 buah daripadanya ditenggelamkan di perairan Wilayah Timur.

Dalam pada itu, Zulkarnain berkata APMM juga menahan 37 bot nelayan asing pada tahun lepas dan tahun ini yang didapati menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara.

Justeru sebahagian daripada bot-bot tersebut yang didapati bersalah di bawah Akta Perikanan 1985 dilupuskan secara ditenggelamkan ke dalam laut bagi dijadikan tapak habitat baru ekosistem marin dan tempat perlindungan dan sumber makanan hidupan laut.

Katanya, pelupusan itu juga bagi mengurangkan kesesakan di jeti pangkalan Maritim Kemaman yang mempunyai kawasan terhad bagi menempatkan bot-bot yang ditahan itu.

“Sebanyak tujuh bot lagi yang kini ditempatkan Pangkalan Maritim Kemaman akan dilupuskan juga sementara menunggu keputusan perbicaraan di mahkamah,” katanya.

Dalam masa sama, Zulkarnain juga mengingatkan komuniti nelayan di Wilayah Pantai Timur ini agar sentiasa berwaspada dengan keselamatan mereka ketika turun menangkap ikan di laut semasa musim tengkujuh ini.

“Cuasa didapati masih tidak elok..sekiranya ada nelayan yang keluar untuk menangkap ikan dan menghadapi apa-apa masalah di laut yang memerlukan bantuan pihak APMM, sila hubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi APMM Pantai Timur,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Zulkarnain Mohd Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd