Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Nicol Jatuh Ke Kedudukan...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David jatuh tiga anak tangga...

Melaka United Juara Liga...

KUALA LUMPUR - Melaka United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim ini, walaupun seri...

Fahrin Bagi Nama Khalifa...

PELAKON Fahrin Ahmad memilih nama Khalifa Fahrel untuk putera sulungnya yang dilahirkan pada...

Hanya Rakyat Malaysia Yang...

KUALA LUMPUR - Hanya rakyat Malaysia di Wuhan, China yang sihat akan dibenarkan...

APMM Menerima 4 Jet Ski Sumbangan BSN

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menerima empat jet ski bagi melaksanakan aktiviti pengawalan perairan.

Aset bernilai RM247,000 sumbangan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu diserahkan kepada Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar oleh Ketua Eksekutif BSN Datuk Yunos Abd Ghani di Kelab Tasek Putrajaya di sini.

Bercakap kepada pemberita, Zulkifli berkata jet ski Yamaha Waverunner dengan spesifikasi dua dan empat lejang itu mampu meningkatkan kesiapsiagaan APMM dalam operasi mencari dan menyelamat di kawasan perairan yang cetek.

Jet ski itu, yang merupakan aset pertama seumpamanya dalam inventori APMM, akan ditempatkan di Wilayah Maritim Selatan dan Utara kerana bilangan kes orang lemas agak tinggi di Selat Melaka berbanding perairan lain, katanya.

Zulkifli berkata sumbangan aset itu adalah berikutan kerjasama yang terjalin di antara APMM dan BSN sejak 2015, antara lain membabitkan penggunaan aset APMM dalam urusan logistik bagi pengoperasian bank itu di Pulau Tioman, Pahang.


Yunos dalam pada itu berkata kerjasama antara BSN-APMM yang akan berakhir pada Ogos ini dipersetujui untuk dilanjutkan sehinga 2021. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

Kategori