• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Maut Digilis Kenderaan Di Ipoh

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang anggota polis digilis sebuah kenderaan selepas tercampak dari motosikal yang ditunggangnya di KM284.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.15 pagi itu, konstabel berumur 25 tahun yang berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Persekutuan Ipoh mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata kejadian itu berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C100 melanggar sebuah treler rosak yang berhenti di lorong kecemasan.

“Mangsa melanggar pada sisi kanan belakang treler itu sebelum tercampak ke tengah jalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ada dakwaan yang menyatakan selepas mangsa tercampak, datang sebuah kenderaan yang tidak dikenali melanggar mangsa.

Katanya mangsa yang berasal dari Kota Kuala Muda, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.

Tambah Mohd Ali, pemandu treler berumur 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: anggota poliskemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd