Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

DBKL Audit Semula Laluan...

KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengaudit semula laluan basikal...

Kaka Kecewa Dgn Tasha,...

Ramai peminat sudah dapat menghidu kedinginan hubungan dua selebriti iaitu pelakon sensasi Tasha...

Tiada Cadangan Wajibkan Pengambilan...

BAGAN SERAI: Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada...

Demi Cinta Lelaki Sanggup...

CHARLOTTE Von Schedvin adalah seorang wanita yang menarik, dengan rambut perang, bermata biru...

Polis Bantuan Antara 29 Ditahan Kes Culik Pengurus

SHAH ALAM – Polis menahan 29 individu termasuk seorang anggota polis bantuan berumur 42 tahun yang disyaki antara perancang utama kes penculikan seorang pengurus syarikat di Bandar Baru Sungai Buloh, dekat sini pada Disember lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata kesemua suspek iaitu 24 lelaki termasuk dua warga Bangladesh dan lima wanita berumur dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun ditahan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Perak antara 3 Jan hingga akhir bulan lepas.

“Tangkapan pertama melibatkan tiga lelaki pada 3 Jan lepas dan siasatan lanjut membawa kepada penahanan suspek-suspek lain. Hasil siasatan juga mendapati anggota polis bantuan terbabit berkhidmat di sebuah kementerian di Putrajaya selama enam tahun,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Mazlan, dalam kejadian pada 12 Dis lepas, seorang pengurus lelaki berusia 35 tahun diculik oleh sekumpulan lelaki menggunakan kereta perodua Myvi ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Baru Sungai Buloh selepas selesai bekerja.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan ringan dibadan kemudian dibebaskan pada 3 Jan lepas di Bemban, Melaka setelah wang tebusan RM500,000 yang dituntut telah dibayar. – BERNAMA

Kategori