• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak 3 Tahun Maut Diseret Kereta Ibu

oleh Ahmad Albab
15/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR GUDANG – Kepiluan seorang ibu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila kereta yang dipandunya secara tidak sengaja menyeret anak lelaki bongsunya yang berusia tiga tahun hingga mengakibatkan kanak-kakak berkenaan maut di Jalan Ketapang, Taman Rinting, Masai di sini.

Rakan keluarga itu yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari, apabila kereta yang dipandu wanita itu bergerak dari rumah keluarga untuk berniaga makanan ringan berhampiran sebuah sekolah.

Menurutnya, ibu mangsa berusia 30-an menjangka anak bongsunya daripada lima beradik berada di dalam rumah.

Katanya, ketika kejadian bapa mangsa turut berada di rumah.

“Ibu mangsa yang memandu PERODUA Alza hanya menyedari kejadian selepas memandu lebih 10 meter ke hadapan.

“Apabila ibu mangsa turun dari kenderaan kerana menjangka terdapat objek yang tersangkut, dia terkejut mendapati anak bongsu berada di bawah bumper hadapan.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Penawar Pasir Gudang, namun amat menyayatkan hati apabila anaknya itu tidak dapat diselamatkan.

“Ibu mangsa pilu dengan apa yang berlaku dan sebagai wanita dan rakan wanita berkenaan saya dapat merasakan perasaan kepiluan dan trauma dialaminya,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa berkata, dia pada awalnya menjangka kenderaannya menyeret sampah yang tersangkut di bahagian bumper.

Menurutnya, dia terkejut mendapati anaknya berada di bawah bumper dalam keadaan tidak bermaya.

“Saya masih keliru dengan apa yang berlaku kerana ketika keluar, anak masih di dalam kawasan rumah,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) pada petang tadi apabila ibu mangsa turut membawa bekalan susu yang biasa dibancuh untuk mangsa.

Malah beberapa kenalan keluarga mangsa juga hadir ke Jabatan Forensik bagi memberi sokongan moral kepada ibu mangsa supaya tabah menghadapi dugaan berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Norazam Shaari mengesahkan kejadian berkenaan.

“Ketika ibu mangsa memandu bergerak dari rumah, dia merasakan sesuatu berada di bawah bumper kenderaannya.

“Apabila wanita berkenaan turun dari kenderaan mendapati anak bongsu berada di bawah bumper hadapan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Penawar Pasir Gudang untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi. – BH ONLINE

*Video sekadar hiasan…

Tags: kanak-kanakmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd