• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amyza Aznan ‘Meluat’ Aliff Syukri Minta Bakat Dihargai

oleh
24/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS menghasilkan single bertajuk Abang Nak Tegur, kini usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri tekad mencipta nama dalam bidang lakonan pula.

Bagaimanapun lakonan Aliff menerusi filem pertamanya, Badang dilihat menerima kritikan hebat daripada netizen dan rakan artis yang mana rata-rata beranggapan usahawan itu tidak berbakat.

Memetik laporan mStar Online, pelakon, Amyza Aznan telah menegur usahawan itu agar tidak menggunakan bidang seni sebagai platform untuk memperluaskan empayar perniagaannya.

Pelakon, Amyza Aznan.

Menurut Amyza, usahawan itu sama sekali tidak layak untuk bergelar pelakon mahupun penyanyi kerana Aliff langsung tidak mempunyai bakat dalam bidang berkenaan.

“Kau paksa orang untuk cakap kau bagus berlakon dan menyanyi, masalahnya bagus ke? Aku benci orang berduit kaya raya ni menggunakan platform seni untuk empayar bisnes dia orang.

“Ini tempat kami cari makan. Bisnes kami, dia tidak layak sebab tiada bakat langsung,” komen Amyza.

Amyza bertindak meninggalkan komen berkenaan pada ruangan komen di salah satu entri pengarah, Shahrulezad Mohameddin bagi mengulas mengenai tindakan Aliff yang ‘berang’ apabila lakonannya dikritik penonton.

Komen ditinggalkan Amyza.

Sementara itu Shahrulezad pula berkata, sebagai pelakon baru Aliff seharusnya menerima segala kritikan itu dengan hati terbuka kerana ia sememangnya menjadi lumrah dalam industri seni.

Ujarnya lagi, dia sendiri yang sudah melibatkan diri dalam industri sejak 20 tahun lalu pun masih lagi menerima pelbagai kritikan.

“Abang yang dua puluh tahun orang kutuk drama pun telan saja dengan kritikan itu sebab tahu dengan kritikan itulah kita akan belajar dan perbaiki,” ujar Shahrulezad.

Sebelum ini, Aliff meluahkan rasa kecewa dan terguris hati apabila lakonannya menerusi watak adiwira dalam filem Badang teruk dikritik penonton.

Aliff menerusi salah satu entri di laman sosial miliknya meminta agar netizen berhenti mengecam sebaliknya menghargai bakat dan penat lelah beliau menjayakan watak berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: aliff syukriamyza aznanDatuk Aliff SyukriDatuk Seri Aliff SyukriNetizennetizen bawang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd