• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Terus Dari Kilang, Nugget McD Dijual Online?

oleh AK-47
08/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ENTAH benar atau tidak, ketulan daging McDonald’s yang biasa disebut sebagai McNuggets kini dijual secara terbuka oleh sekumpulan peniaga dalam talian melalui laman Facebook.

Menerusi beberapa gambar screen shot yang diperoleh, para peniaga terbabit mendakwa nugget berkenaan konon adalah 100 peratus sama seperti yang dijual di rangkaian restoran McDonald’s seluruh negara.

Bagaimanapun, tindakan tersebut turut menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna berhubung tahap keaslian produk makanan popular berkenaan.

Memetik mStar Online, salah seorang peniaga yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp mengesahkan promosi produk tersebut adalah benar.

“Ya betul, sebab kami ambil dari pembekal yang sama dengan McDonald’s,” katanya

Sementara itu, seorang lagi penjual turut menyatakan hal sama selain mendakwa stok nugget berkenaan diambil daripada pembekal McDonald’s.

“Ini memang nugget asli McDonald’s, saya ambil secara terus dari kilang pembekal mereka.

“Kalau tak percaya, cuba beli, goreng dan rasa sendiri,”jelasnya.

Bagaimanapun, pembekal untuk rangkaian restoran segera itu, MacFood Services (M) Sdn. Bhd. telah menafikan pihaknya membekalkan McNuggets kepada peniaga luar selain daripada premis rangkaian makanan segera itu.

Tegas pihaknya, produk McNuggets sebenarnya memang tidak pernah dijual kepada pihak lain selain hanya eksklusif untuk premis McDonalds.

Hingga kini, McDonald’s Malaysia masih belum memberikan kenyataan rasmi berhubung dakwaan terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: McDonald'sMcNugget
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

McDonald’s Gantung Operasi 30 Peratus Cawangan Di Jepun

McDonald’s Gantung Operasi 30 Peratus Cawangan Di Jepun

19/07/2024
0

TOKYO: Kira-kira 30 peratus daripada cawangan McDonald's di seluruh Jepun telah menggantung operasi akibat masalah mesin daftar tunai, kata unit...

‘Dia Bawa Lori Macam Mana Man, Itu Ayah Kau…’

Mahkamah Arahkan McDonald’s Seluruh Sri Lanka Ditutup

25/03/2024
0

COLOMBO - Restoran makanan segera, McDonald's ditutup di seluruh Sri Lanka pada Ahad ekoran syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd