SEBUT sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri, pastinya kita semua kenal dengan jutawan kosmetik yang sering menjadi perhatian ini kan?
Mana tidaknya, apa sahaja yang dilakukan atau dikongsi pasti menjadi tontonan serta kecaman umum yang seringkali mencari salah jutawan itu.
Seperti yang kita semua tahu, Aliff baru sahaja muncul dengan filem sulungnya, Badang yang mana menerima kritikan hebat daripada semua pihak termasuk beberapa rakan artis antaranya pelakon, Amyza Aznan.

Susulan perkara itu, Aliff tampil mohon maaf secara terbuka berhubung isu dan masalah yang timbul itu.
Menurut Aliff, beliau memohon maaf jika kehadirannya dalam dunia seni tanah air mengundang rasa tidak senang hati segelintir pihak.
“Kepada yang berkenaan, saya mohon maaf yang tidak terhingga sekiranya ada yang tidak terasa, mengganggu kerjaya seni anda. Saya tidak mahu cari gaduh sebab saya sedar, saya ini dikira sebagai orang baru dalam industri.
“Cuma apa yang ingin saya tekankan di sini adalah peranan dan penglibatan menerusi filem Badang adalah sebagai talent semata-mata. Sumpah demi Allah saya tidak keluarkan satu sen pun untuk apa-apa kepentingan terhadap filem tersebut,” kata Aliff dipetik sebuah portal online.

Tambah Aliff lagi, tawaran berlakon itu bukan diminta sebaliknya diberi selain akui berasa terguris hati dengan komen negatif yang dilontarkan.
“Saya tidak mencari job untuk berlakon. Sebaliknya ada orang yang offer dan saya percaya, sesiapa sahaja pasti akan berminat untuk berlakon sekiranya mendapat tawaran.
“Jujurnya, memang sedih apabila ada yang melemparkan bermacam-macam komen dan daya pula tidak paksa orang lain untuk sokong apa yang saya buat,” tambah Aliff lagi.
Baca: Amyza Aznan ‘Meluat’ Aliff Syukri Minta Bakat Dihargai
Terdahulu, Amyza telah menegur jutawan itu agar tidak menggunakan bidang seni sebagai platform untuk memperluaskan empayar perniagaannya.
Pada masa sama, pelakon wanita itu turut beranggapan Aliff sama sekali tidak layak untuk bergelar pelakon mahupun penyanyi kerana tidak mempunyai bakat dalam bidang berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM