• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ajinamoto Ambil Alih Tanah TH Dengan Kos RM86.07 Juta

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ajinomoto (M) Bhd. merancang mengambil alih tanah seluas 88.604 hektar di Techpark@Enstek, Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan, daripada Lembaga Tabung Haji dan THP Enstek Development Sdn. Bhd. dengan bayaran sebanyak RM86.07 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Ajinomoto berkata pengambilalihan itu selari dengan rancangan jangka panjangnya untuk meluaskan operasi dan membesarkan kemudahan perkilangannya supaya selari dengan permintaan yang semakin meningkat ke atas keluaran produk syarikat.

“Kami merancang membangunkan kemudahan perkilangan yang baharu di kawasan itu yang dijangkakan dapat mengukuhkan kecekapan syarikat dalam menyediakan produk berkualiti kepada pelanggan.

“Pada masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan jumlah kos pembangunan atau bila operasi akan bermula. Kos pembangunan akan dibiayai menerusi dana dalaman dan pinjaman bank, jika diperlukan,” kata syarikat itu.

Tabung Haji melantik THP Enstek Development Sdn. Bhd. sebagai peguam untuk jualan tanah itu. – BERNAMA

Tags: Ajinamoto
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd