• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Tawar Tambang Rendah Sempena TBC

oleh AK-47
04/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, menawarkan tambang sehala sehingga serendah RM9 dan RM199 masing-masing bagi destinasi domestik dan antarabangsa sempena perayaan Tahun Baru Cina.

AirAsia, dalam satu kenyataan berkata, tambang berharga RM9 itu merangkumi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Terengganu atau dengan tambang sehala bermula RM99 dari Kuala Lumpur ke Lombok, Bali, Davao, Chiang Mai, Ho Chi Minh City dan banyak lagi.

Syarikat penerbangan itu berkata, promosi tersebut juga diperluaskan ke destinasi jarak jauh dengan tambang sehala sehingga serendah RM199 dari Kuala Lumpur ke Macao, Kunming, Shantou, Shanghai, Hangzhou, Sapporo dan Taipei.

Ketua Komersialnya, Spencer Lee, berkata syarikat penerbangan itu telah mencapai kejayaan besar bagi memastikan perjalanan yang mampu milik kepada setiap orang sejak 2001.

“Kami juga memajukan rangkaian kami dengan lebih meluas, meningkatkan hubungan domestik serta antarabangsa. Justeru itu, kami berharap setiap orang akan merebut peluang keemasan ini untuk menempah percutian mereka dengan kami,” katanya.

AirAsia berkata promosi itu sah dengan tempahan bermula sekarang sehingga 4 Feb, 2018, bagi perjalanan untuk tempoh antara 1 Ogos, 2018 ke 31 Jan, 2019. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd