• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli PAS Didakwa Alami Sindrom Wala’ Buta Tuli

oleh AK-47
04/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyindir ahli PAS yang masih setia dengan parti itu mengalami sindrom wala’ membuta tuli.

Beliau malah mendakwa kononnya sindrom wala’ membuta tuli ahli PAS itu yang bakal merosakkan tanah air tercinta Malaysia.

“PAS sudah jelas tidak lagi berselindung dengan pendirian untuk bersama dengan UMNO.

“Yang tinggal hanyalah ahli PAS sama ada mereka mahu terus menjadi mangsa penipuan pemimpin PAS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau dipercayai berkata demikian gara-gara resah dengan tawaran PAS kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

PAS menawarkan kerusi kepada Abdul Khalid untuk bertanding mewakili PAS di Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mahfuz berpandangan Abdul Khalid diterima oleh PAS dan UMNO sebagai faktor penyatuan kedua-dua parti tersebut.

“Perkembangan yang paling menarik ialah kesudian PAS menawarkan kerusi kepada Menteri Besar Selangor,” katanya.

Abdul Khalid merupakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilantik menjadi Menteri Besar Selangor selepas parti itu memenangi Selangor.

Beliau digulingkan pada tahun 2014 oleh PKR kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan itu.

Misi Langkah Kajang yang digerakkan oleh Rafizi Ramli bagi memenuhi permintaan Anwar itu dibantah oleh PAS, namun tetap berjaya dengan bantuan DAP.

PAS membantah kerana perbuatan itu dilihat sebagai satu amalan tidak sihat, pengkhianatan dan kezaliman.

Hasrat Anwar melihat isterinya menjadi Menteri Besar Selangor namun tidak kesampaian kerana gagal mendapat perkenan Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Itupun selepas PKR dititah mengemukakan calon lain dan PKR terpaksa menyenaraikah Mohamed Azmin sebagai calon alternatif. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Mahfuz Omar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kantoi Bangla Diberi MyKad: ‘Ratu Naga’ Tampil Di IPD

Next Post

Pahang Tambah Tempoh Pindah Hak Milik Tanah

Related Posts

Mahfuz Saran Industri Buka Peluang Kerjasama Dengan Pusat Tahfiz

11/12/2018
0

TANAH MERAH - Pihak industri disaran memberi ruang untuk bekerjasama dengan pusat thafiz bagi melatih pelajar dalam bidang kemahiran, sekali...

Konsep Pematuhan Kendiri Diperluas Semua Industri

13/11/2018
0

KOTA TINGGI - Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan memperluaskan konsep pematuhan kendiri melibatkan semua...

Next Post

Pahang Tambah Tempoh Pindah Hak Milik Tanah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd