• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abby Abadi ‘Tegur’ Neelofa Tentang Isu Aurat?

oleh
28/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUDAK tadika pun tahu, menutup aurat dalam Islam hukumnya adalah wajib sama ada dalam kalangan lelaki mahupun wanita.

Tapi sayang, di luar sana masih banyak muslim yang tidak menutup aurat dengan sempurna terutamanya wanita sedangkan Islam sendiri amat menghormati kedudukan kaum hawa.

Baru-baru ini, bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi memuat naik satu entri memaparkan coretan buat kaum wanita muslimah mengenai isu menutup aurat.

Menerusi perkongsian tersebut, Abby dilihat menyelitkan nasihat buat kaum hawa agar menjaga serta pelihara dengan baik amanah yang diberi Allah.

Menurut Abby, sesungguhnya aurat wanita adalah suatu pemandangan terindah yang telah dicipta dan ia hanya layak dinikmati oleh orang yang berhak ke atas mereka sahaja.

Sehubungan itu, Abby menyeru kaum hawa agar memelihara amanah Allah itu sebaik-baiknya kerana ia adalah kurniaan yang terindah buat wanita sekalian alam.

Pada masa sama, Abby juga sempat menyelitkan nasihat serta tips buat golongan wanita yang ingin berhijrah ke arah kebaikan.

Salam Maghrib Saudara2ku ❤ . Apakah kaum wanita itu tidak tahu bahawa pesona tubuh mereka itu adalah suatu pemandangan yang terindah yang pernah tercipta? Apakah mereka tidak tahu bahawa sebenarnya kecantikkan yang ada pada tubuh mereka itu adalah satu amanah dari ALLAH S.W.T yang harus dijaga? . Apakah mereka tidak tahu bahawa keindahan tersebut hanya boleh dinikmati oleh orang yang berhak keatas diri mereka sahaja?Begitu juga, apakah mereka tidak tahu bahawa ALLAH S.W.T sangat memuliakan kaum wanita sehingga ada salah satu surah didalam Al-Quran yang khusus bercerita tentang mereka? . Wahai kaum wanita, makhluk ciptaan ALLAH yang paling indah! Jagalah serta peliharalah dengan baik amanah dari ALLAH S.W.T yang teramat berat dan indah yang telah ALLAH S.W.T kurniakan dan berikan pada kita kaum wanita sebaik mungkin! .Jika kamu terbiasa dengan memakai pakaian yang zalim, iaitu pakaian yang tidak patut kamu pakai, maka mulalah mengenakan pakaian baik.Pakailah pakaian yang tidak memperlihatkan tubuh kamu, yakni pakaian yang membuat kamu tidak diganggu olah kaum lelaki . Firman ALLAH S.W.T, yang bermaksud: “sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih dari apa yang mereka kerjakan.” (An-Nahl:97) #MuhasabahDiri #JomHIJRAH #AbbyAbadi

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on Feb 27, 2018 at 3:19am PST

Ternyata perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen yang mana mereka tersentuh dengan penulisan Abby itu.

Malah, ramai juga berpendapat teguran itu ditujukan ‘khas’ buat pengacara, Neelofa yang kini sedang dihimpit kontroversi berkaitan isu tersebut.

Sehingga kini, perkongsian Abby itu dilihat telah meraih lebih 3,000 tanda suka dan terus menjadi perhatian di media sosial khususnya Instagram. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Abby AbadiNeelofa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd