• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Johari Mahu Pemimpin Muda PBB Lonjakkan Parti

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu generasi muda dalam parti itu meneruskan transformasi yang dilaksanakan pemimpin sedia ada bagi melonjakkan PBB ke peringkat lebih tinggi.

Katanya seiring perkembangan semasa yang menyaksikan banyak perubahan, PBB juga harus mengorak langkah menuruti arus perubahan itu ke arah masa depan yang lebih gemilang.

“Apa yang menjadikan PBB terus relevan dan semakin teguh ialah kerana pendekatannya yang mengambil kira kepentingan semua kaum dan agama,” kata Ketua Menteri Sarawak itu semasa berucap merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB ke-14, di sini hari ini.

Katanya selaku tulang belakang Barisan Nasional di Sarawak, PBB memberi sumbangan yang sangat besar dalam pembangunan negeri termasuk pembukaan bandar baharu selain membangunkan kawasan luar bandar.

Ini semua katanya dapat dilakukan kerana PBB mempunyai pemimpin yang berkaliber bermula dengan kepimpinan Tun Jugah Barieng, Tun Abdul Rahman Yaakub, Tun Abdul Taib Mahmud dan Tan Sri Adenan Satem.

“Kita bergerak bersama untuk kepentingan kedua-dua sayap Pesaka dan Bumiputera,” katanya menambah hubungan baik dengan kerajaan pusat juga membolehkan pembangunan Sarawak berjalan lancar.

Dalam ucapannya itu Abang Johari turut menegaskan PBB akan terus memperjuangkan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau turut menyentuh aspek pendidikan dan mahu generasi muda di negeri itu didedahkan dengan ilmu dan kemahiran teknologi termasuk dalam bidang pertanian agar matlamat Sarawak bergelar negeri maju menjelang 2030 tercapai.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada kerajaan pusat yang memperuntukkan RM1 bilion menerusi Bajet 2018 bagi memperkasa pendidikan di Sarawak. – BERNAMA

Tags: Abang Johari Tun OpengPBB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memanfaatkan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengesahkan kehadirannya pada Sidang Kemuncak ASEAN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd