• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AADK Lantik Ikon Tangani Masalah Dadah

oleh Ahmad Albab
13/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Pengiktirafan dan pemilihan Ikon Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di setiap daerah diharap mampu membawa pengaruh positif kepada sesebuah komuniti dalam menangani masalah dadah di kawasan berkenaan.

Pengarah AADK Negeri Kedah, Mahadzir Elias berkata, ini adalah langkah praktikal memandangkan keberanian orang tua untuk menegur golongan muda yang terlibat dalam dadah terutama pelajar sekolah semakin berkurangan.

“Kriteria pemilihan ikon ini tidak terhad. Individu itu boleh jadi atlet sukan, ahli agama atau sesiapa saja yang mempunyai pengaruh positif bagi memberi manfaat kepada komunit mereka.

“Kita perlukan ikon-ikon ini dalam usaha memberi teguran, penerangan dan jalan keluar kepada masalah dadah yang dihadapi masyarakat setempat memandangkan golongan muda pada masa kini, susah nak dengar cakap orang tua,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada Ikon AADK Peringkat Daerah Kulim di sini hari ini.

Di majlis itu, seramai lima orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pendaki Gunung Everest Azim Afif, 28, dipilih sebagai Ikon AADK daerah Kulim.

Dalam pada itu, Mahadzir berkata pihak AADK sentiasa terbuka dalam kaedah memberi rawatan kepada penagih dadah termasuk inisiatif menghantar mereka ke pusat pengajian agama di Indonesia.

“Kita tidak mengehadkan kaedah rawatan kerana ia bergantung kepada keperluan pesakit itu sendiri. Jika ada yang perlukan dan sesuai dengan kaedah pengisian jiwa, jadi menghantar ke pesantren tidak menjadi masalah, begitu juga dengan ubatan,” katanya.

Dalam pada itu, Azim menyifatkan pemilihan itu sebagai sumbangannya kepada masyarakat dalam menangani masalah dadah.

“Saya percaya, karakter yang positif akan membantu mereka ini kembali semula ke jalan benar dan inilah yang akan saya lakukan. – BERNAMA

Tags: AADKBelia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd