• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

71 Murid SK Tasek Apong Alami Keracunan Makanan

oleh Ahmad Albab
12/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seramai 71 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Apong di Sungai Petani mengalami gejala keracunan makanan seperti muntah, cirit-birit dan sakit perut sejak semalam selepas disyaki memakan nasi lemak berlaukkan ayam dalam program merentas desa sekolah itu Sabtu lepas.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda menerima maklumat kejadian muntah, cirit-birit dan sakit perut dalam kalangan murid sekolah terbabit pada 10 pagi semalam melalui waris murid berkenaan.

Beliau berkata sehubungan itu, lawatan pihak pejabat kesihatan daerah itu ke sekolah berkenaan pada 10.30 pagi hari yang sama mendapati seramai 66 murid tidak hadir ke sekolah dan pemeriksaan lanjut dijalankan hari ini mendapati sejumlah 71 murid keseluruhannya mengalami gejala sama.

“Dua murid mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan seorang telah dibenarkan keluar wad dan seorang lagi masih di wad dan stabil. Tiga murid mendapatkan rawatan di HSAH (Hospital Sultan Abdul Halim) dengan gejala yang sama dan dirawat sebagai pesakit luar manakala lain-lain pelajar selebihnya mendapatkan rawatan sendiri di rumah,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Dr Norhizan berkata siasatan awal mendapati jenis makanan yang disyaki penyebab keracunan makanan itu adalah nasi lemak berlauk ayam yang ditempah daripada katerer luar bagi program merentas desa yang disertai kira-kira 480 murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam sekolah itu namun siasatan lanjut masih giat dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa atau waris membawa anak mereka mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran sekiranya mempunyai gejala sedemikian serta mempunyai sejarah memakan makanan yang dijual semasa aktiviti merentas desa di sekolah sama pada tarikh kejadian.

”Pihak sekolah dinasihatkan agar menjual makanan melalui kantin sekolah kerana pengendali makanannya terlatih selain diminta memantau keadaan murid dan memaklumkan kepada pejabat kesihatan berhampiran sekiranya masih ada kes sedemikian,” katanya.

Dr Norhizan berkata orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa mengamalkan amalan cuci tangan sebelum dan selepas makan serta sentiasa menjaga kebersihan diri selain amalan lihat, hidu dan rasa ke atas makanan yang dibeli atau sebelum makan untuk memastikan makanan yang dimakan itu selamat. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Keracunan Makananmurid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suami Isteri Gagal Dalam Saman Terhadap SIC

Next Post

Jurujual Kereta Cederakan Anak Lelaki Didakwa

Related Posts

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

‘Saya Kesal, Video Tular Beri Impak Besar’ – Fadhlina

‘Saya Kesal, Video Tular Beri Impak Besar’ – Fadhlina

26/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi peringatan kepada guru agar sentiasa menjaga integriti dan mematuhi etika di bawah...

Next Post

Jurujual Kereta Cederakan Anak Lelaki Didakwa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd