• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

70 Sekolah Rendah Dipilih Pusat Bakat Badminton

oleh Ahmad Albab
26/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sebanyak 70 buah sekolah rendah di seluruh negara akan dipilih sebagai Pusat Pembangunan Bakat Badminton dalam usaha membantu meningkatkan mutu sukan badminton negara, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata program hasil kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) itu juga sekali gus dapat terus mempromosikan dasar 1Murid 1Sukan.

“Program jangka masa lima tahun itu akan melibatkan 140 jurulatih dan 2,800 peserta yang berumur sembilan hingga 11 tahun. Setiap pusat akan menempatkan dua jurulatih yang akan melatih 40 peserta dan latihan dijangka bermula Mac ini.

“Peserta yang terlibat akan dilatih sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan peringkat daerah dan negeri pada Ogos dan September depan. Ini juga memberi peluang kepada atlet muda untuk bertanding dan menambah kecemerlangan dalam sukan badminton supaya aktif bertanding di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Pelancaran Program Pembangunan Bakat Badminton KPM-Perodua yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Perodua Datuk Dr Aminar Rashid Salleh dan Pengarah Pendidikan Kedah Datuk Azuyah Hassan.

Mahdzir berkata pemantauan, penyelarasan, pelaksanaan dan penilaian program itu akan dibuat oleh KPM manakala Perodua akan menanggung semua kos program termasuk pembangunan modul, peralatan sukan, elaun kepada jurulatih serta kejohanan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

“Setiap tahun RM1.2 juta hingga RM1.5 juta akan diperuntukkan untuk pembangunan program dan pihak Perodua juga turut meminjamkan dua unit kereta jenis Alza bagi tujuan permantauan program badminton itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata hasil kajian rambang KPM berhubung isu beg sekolah berat yang terpaksa dibawa murid mendapati murid di sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina membawa beg paling berat diikuti dengan sekolah kebangsaan dan SJK Tamil.

“Purata berat beg pelajar sekolah ini 7.3 kilogram dengan buku latihan, buku teks dan alat kelengkapan lain lagi. Kita telah beri garis panduan sebelum ini supaya tidak membebankan pelajar-pelajar ini untuk membawa beg yang berat.

“Apabila pembelajaran secara interaktif diterapkan nanti ia dapat mengurangkan bebanan beg sekolah pelajar. Memang pembelajaran interaktif ini telah dijalankan tetapi bukan secara menyeluruh lagi jadi kita akan cuba percepatkan dalam tempoh tiga hingga empat tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd